Cegah kehamilan tutup rezeki

Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita bukanlah semata-mata harta atau benda yang dihasilkan di bumi saja. Rezeki juga berupa kesihatan, kekuatan tubuh, keterampilan atau gerak langkah dalam kehidupan. Mungkin anda pernah menyebut: “Saya tidak dapat memberi sumbangan kerana saya tiada wang.” 

Sebenarnya menyumbang boleh dengan pelbagai cara seperti tenaga, ilmu pengetahuan dan lain-lain yang semuanya untuk kepentingan masyarakat. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 3 yang bermaksud: “Dan nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” Maka erti rezeki pada ayat berkenaan iaitu segala apa yang dapat diambil manfaat oleh masyarakat. 
Mengenai mencegah kehamilan, Allah SWT berfirman dalam surah al-Israk ayat 31 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kamilah yang memberikan rezeki kepada mereka dan kepada kamu...”. 
Firman-Nya lagi dalam Surah al-An’aam ayat 151 bermaksud: “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak kamu kerana kepapaan. (Sebenarnya) Kamilah memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.” Apabila Allah mengurniakan anak, sebenarnya ada rezeki Allah tentukan untuk anak terbabit. 

Namun ada manusia yang tidak inginkan anak dengan mencegah kehamilan dengan alasan tidak bersedia dari segi mental dan kewangan. Orang seperti ini biasanya takut hidup susah dan takut kekurangan makan kerana dibebani kehadiran bayi. Mereka tidak sedar dengan melakukannya akan menghalang rezeki mereka dan turut menahan rezeki anak. 

Kita banyak melihat orang yang meninggal dunia lalu meninggalkan anak. Hari berganti hari dan zaman pun berubah. Ternyata, anak yatim terbabit mencapai kedudukan yang tinggi dan mencapai puncak kejayaan dalam masyarakat. Mungkin kalau keluar-ganya masih hidup, anak berkenaan tidak akan mencapai kejayaan seperti itu. 

Justeru, biarlah takdir Allah berjalan seperti semestinya. Kerjakanlah apa yang lebih utama dan lebih bererti dalam kehidupan ini. Kenyataan membuktikan betapa ramai anak yang hidup dalam pemeliharaan bapanya, gagal sehingga ada yang menjadi penganggur dan meresahkan masyarakat. Sebenarnya urusan rezeki adalah urusan Allah. 

Jadi, janganlah kita terlalu takut mengenai rezeki atau kurang makan sehingga sanggup mencegah kehamilan. 

Sekiranya kita miskin, mengadulah kepada Allah seperti dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Daud daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tertimpa kemiskinan, kemudian dia mengadu kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutuplah kemiskinan itu. Dan sesiapa yang mengadu kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki baik dengan segera mahupun lambat

Dedah aurat dorong wanita jadi perosak


Ibadat seperti solat dan puasa Ramadan adalah wajib. Begitu juga menutup aurat. Menurut Syeikh Mutawalli as-Sya’rawi dalam kitab beliau Anta Tas’al wal Islamu Yujiib iaitu: “Ada sebahagian wanita Muslimah yang menganggap pakaian menutup aurat mengekang kebebasannya dalam berdandan, bahkan dalam pergaulannya.” 

Sebenarnya banyak hikmah di sebalik perintah menutup aurat. Sebagai contoh, bertujuan melindungi dan memelihara diri mereka ketika memasuki usia tua. Tanda usia tua bagi wanita iaitu berhentinya haid (menopaus). 
Ketika itu kecantikan wanita beransur pudar, tubuh tidak lagi padat dan kulit mula kendur. Ketika ini wanita banyak merenung dan berasa putus asa kerana tidak lagi mampu melakukan hubungan seksual secara optimum untuk memuaskan keperluan suami. 

Dia memerlukan kesetiaan, pengertian, dan kasih sayang suami. Islam dengan ajaran yang sempurna melindungi diri dan memelihara tubuhnya yang tidak lagi cantik dan menarik dengan mencipta kebahagiaan dan ketenteraman bagi rumah tangga. 

Seseorang gadis perlu menyedari dia tidak dapat mempertahankan kecantikan dan daya tarikannya. Jika suaminya keluar rumah dan melihat ramai wanita muda cantik dan berdandan menarik dengan mempamerkan rambut, lengan dan betis yang menawan, pasti suami tergoda dan membandingkan dengan isterinya yang tua di rumah. 

Setiap hari suami melihat keadaan itu dan setiap kali itulah dia membandingkan dengan isterinya di rumah. Keadaan ini membuatkan cinta terhadap isteri makin berkurang kerana perwatakkannya itu selalu menggoda nafsu seksnya. Ini menyebabkan kurangnya keharmonian keluarga, serta cinta dan kasih sayang semakin pudar. 

Justeru, Islam melarang wanitanya terutama yang masih muda untuk mempamerkan kecantikan dan keindahan tubuh agar dia dilindungi daripada perbuatan wanita muda lain yang akan mengganggu rumah tangganya. 

Wanita cantik yang selalu mengganggu lelaki dan disukai ramai pemuda, kelak tiba masanya banyak lelaki membencinya. Tidak ada lagi lelaki yang memandangnya, bahkan mereka akan menjauhinya sambil mencemuhnya. 

Untuk soalan kedua, perlu difahami pengertian nusyuz yang bererti meninggalkan kewajipan bersuami isteri, misalnya nusyuz daripada suami yang bersikap kasar dan keras terhadap isteri, tidak mahu menggaulinya dan tidak memberi haknya. 

Nusyuz daripada isteri misalnya meninggalkan rumah tanpa izin suami. Allah SWT berfirman dalam ayat 34 surah an-Nisa’ bermaksud: “...dan wanita yang kamu bimbangkan nusyuznya, nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya...” 

Tindakan di atas sekadar memberi pelajaran. Jika terpaksa, pukul dengan ringan yang tidak meninggalkan bekas. Apabila cara pertama (nasihat) ada manfaatnya, jangan digunakan cara lain yang dapat menyusahkan isteri. 

Allah SWT berfirman pada surah an-Nisa ayat 128 bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar...” 

Misalnya, suami yang sihat, tiba-tiba diserang gangguan jiwa sehingga selalu marah, memukul isteri dan berbuat perkara aneh yang membuat kehidupan rumah tangga seperti di neraka. Bolehkah si isteri meninggalkan suaminya dan meminta cerai? Boleh, isteri mengajukan perceraian kepada Mahkamah Syariah. Demikianlah, wallahua’lam. 

khianati isteri dalam rumahtangga

Alhamdulillah wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Tanggungjawab suami terhadap isteri sangat banyak dan berat kerana suami menerima amanah Allah SWT menjaga keselamatan isteri, memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan seluruh keperluan hidupnya sehari-hari, zahir dan batin.
Sahabat Rasulullah SAW, Muawiah Haidah menemui Baginda bertanya mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri. Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah bila engkau makan, hendaklah engkau beri makan untuk isteri engkau. Bila engkau memakai pakaian, hendaklah engkau beri pakaian untuk isteri engkau. Janganlah engkau pukul isteri engkau di bahagian muka. Janganlah mengeluarkan perkataan yang jahat, iaitu perkataan yang dibenci di depannya. Engkau jangan tinggalkan isteri seorang diri kecuali di dalam rumah. 

Sikap suami yang suka memukul, tidak mempedulikan rumah tangga, tidak menyempurnakan makan minum isteri dan selalu membawa perempuan lain adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan khianat terhadap isteri. 

Sahabat Rasulullah SAW, Umar al-Ahwas al-Jasyami mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika mengerjakan Haji Wada (Haji Selamat Tinggal). Sabda Baginda SAW dalam riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: Ingat, hendaklah kamu terima pesanan mengenai perempuan. Bergaullah kamu dengan mereka secara baik dan berlemah lembut. Sesungguhnya perempuan itu adalah tawanan kamu. Kamu tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap mereka kecuali mereka melakukan kejahatan (penderhakaan) berterus terang. Jika mereka melakukan perbuatan terbabit, maka tinggalkan tempat tidur mereka seorang diri. Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak memberi bahaya. Tetapi jika mereka berlaku taat kepadamu, jangan kamu melakukan apa-apa tindakan kepada mereka. Ingat, sesungguhnya kamu terhadap isteri kamu mempunyai hak yang tertentu dan isteri kamu pula terhadap kamu mempunyai hak yang tertentu juga. Maka hak kamu terhadap mereka, bahawa isteri kamu tidak menghamparkan tilam kamu kepada orang yang kamu benci dan tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Ingat, hak isteri ke atas kamu ialah kamu berbuat baik terhadap mereka mengenai pakaian dan makan minum dengan cukup dan sempurna. 

Salah faham dan kesilapan perkara biasa dalam rumah tangga. Bererti suami tidak berhak untuk menumbuk, menampar dan memukul isteri menggunakan sebarang benda yang boleh mendatangkan sakit yang melampau. Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Ibnu Saad yang bermaksud: Patutkah seseorang kamu memukul isterinya seperti seseorang memukul hamba abdinya, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia berasa malu. 
Begitu juga dalam hadis riwayat al-Bukhari, daripada Abdullah Zamah, Rasulullah SAW bersabda: Jangan memukul isteri kamu seperti memukul seorang hamba abdi, kemudian menyetubuhinya pula pada malam hari. 

Sungguh memalukan sekiranya memukul isteri pada siang hari dengan pukulan yang berat, kemudian apabila tiba malam, menyetubuhinya pula. Justeru, kembalilah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah apabila berlaku masalah seperti disebut dalam surah an-Nisa ayat 34 yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Oleh kerana Allah telah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas perempuan dan juga kerana lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka, maka perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil), pulaukan mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha besar. 

wanita menyerupai lelaki

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain-lain, daripada Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan.”

Dalam riwayat lain disebut: “Allah melaknat pondan dalam kalangan lelaki dan wanita yang (berlagak) seperti lelaki. Iaitu kalangan wanita yang menyerupai lelaki dalam hal pakaian dan tutur kata mereka.”
Fenomena tomboy dan pengkid adalah isu yang sepatutnya tidak diambil remeh dan sememangnya perlu ditangani. Tomboy iaitu perempuan yang berwatak atau berimej lelaki manakala pengkid adalah perempuan berwatak lelaki dan mempunyai keinginan dengan perempuan. Untuk mengenalinya, biasanya mereka berambut pendek serta memakai seluar jeans dan kemeja-T. Ada yang mengatakan sampai mengikat buah dadanya dengan kain agar kelihatan rata. 

Mereka cuba berlagak seperti lelaki dan berasakan mereka ini ada sifat kelelakian. Mereka cenderung untuk melakukan hubungan intim dengan perempuan. Ia berbeza dengan tomboy yang hanya menampilkan imej lelaki tetapi mereka masih mempunyai perasaan seperti perempuan biasa.

Berbalik kepada soalan saudari, jika seorang perempuan itu memakai pakaian yang biasanya dipakai oleh lelaki bererti ia sudah menyerupai lelaki dan tentu saja ia diancam oleh laknat Allah SWT dan Rasul-Nya. 

Bagi suaminya yang tidak menegurnya iaitu dia tahu tetapi kemudian rela keadaan itu berlaku pada isterinya dan ia tidak mencegah isterinya, maka suaminya juga mendapat laknat Allah SWT sama dengan isterinya. Ini disebabkan ia sudah diperintahkan untuk membimbing agar isterinya taat kepada Allah SWT dan mencegahnya daripada segala maksiat. Allah SWT berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...”

Ertinya, didik dan ajarlah mereka serta peliharalah mereka agar taat kepada Allah SWT dan cegahlah mereka daripada kemaksiatan sebagai kewajipan yang perlu dilakukan terhadap diri kamu sendiri. 

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan bertanggungjawab atas mereka di akhirat kelak.”

Dalam riwayat Muslim dan lainnya daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah akan rosaklah orang lelaki jika mentaati wanita.”

Oleh itu suami yang mempunyai isteri berwatak sedemikian, maka wajiblah beliau menegurnya tetapi hendaklah dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh, bawa isteri pergi ke majlis ceramah agama yang diadakan di masjid atau surau, hadiahkan isteri majalah atau buku yang berbentuk agama dan kewanitaan, belikan isteri pakaian wanita dan seumpamanya. Kewajipan menegur ini hendaklah dilaksanakan oleh pihak suami agar tidak ditimpa laknat Allah seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Demikianlah wallahua’lam. 

Implan payu dara: Kenapa cari susah?

Lebih 250 wanita Britain akan memulakan prosiding mahkamah tahun depan selepas lebih separuh daripada mereka mengalami masalah dengan implan payu dara yang dibuat oleh syarikat Perancis, PIP. Implan lebih separuh daripada wanita itu pecah dan kami juga mewakili wanita lain yang bimbang dengan laporan itu serta khuatir implan mereka juga akan pecah akhirnya,” kata peguam, Esyllt Hughes.
“Kami sudah mengeluarkan beberapa prosiding mahkamah dan menjangka ia akan bermula di Cardiff tahun depan.” Pegawai kesihatan Perancis berkata, kerajaan negara itu merancang mengesyorkan kepada 30,000 wanita Perancis yang menjalani pembedahan implan supaya membuangnya selepas lapan kes barah, khususnya barah payu dara dilapor.PIP yang mengeksport sebahagian besar implannya muflis tahun lalu.

Peguam Britain itu yang berpejabat di Cardiff berkata, anak guamnya bercadang membuat tuntutan terhadap klinik yang menjalankan pembedahan memasukkan implan berkenaan.“Kami lebih suka jika dapat menyaman PIP tetapi syarikat itu sudah muflis dan maklumat menunjukkan ia tidak diinsuranskan secukupnya.“Kerana itu kami mengambil keputusan membuat tuntutan terhadap klinik terbabit,” kata Hughes.Kira-kira 50,000 wanita Britain menggunakan implan buatan PIP untuk membesarkan payu dara mereka. Dalam pada itu, pihak berkuasa Britain semalam cuba meyakinkan wanita berkenaan bahawa tidak ada bukti menunjukkan ada hubungan antara produk itu dengan barah. - AFP

522 kes demam denggi dilaporkan bagi 11-17 Disember dengan dua kematian

     
PUTRAJAYA: Sejumlah 522 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh 11 hingga 17 Disember dengan dua kematian, satu di Selangor membabitkan kelindan lori berusia 31 tahun dan di Johor mangsa seorang tukang cuci berusia 44 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan di sekitar kediaman mangsa, menjumpai bekas pembiakan aedes seperti bekas plastik, kasut buruk, bekas air sembahyang Cina, tong cat serta tempayan yang tidak digunakan. 
"Tindakan penguatkuasaan telah dikenakan terhadap pemilik kedua-dua premis dengan dua kompaun bernilai RM500 setiap satu telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata peningkatan kes yang dikesan sejak awal Oktober lepas itu juga dipengaruhi musim hujan yang memudahkan lagi pembiakan nyamuk Aedes.


Selain itu, katanya tujuh buah negeri iaitu Selangor (33 kes), Perak (18 kes), Sarawak (lapan kes), Terengganu (empat kes), Kedah (dua kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (dua kes), Putrajaya (dua kes) dan Johor (satu kes), menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.

Dr Hasan berkata untuk tempoh sama kementerian juga menjalankan pemantauan terhadap 97 lokaliti wabak denggi di 21 buah daerah di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, katanya tiga lokaliti hot spot iaitu Flat Taman Gembira dan Vista Angkasa di Zon Klang Lama dan Apartment Taman Bukit Kenangan di daerah Hulu Langat Selangor, dikenal pasti menyumbang kepada 48 kes demam denggi. -- BERNAMA

Perubatan dan rawatan alternatif di Shah alam

Perubatan Elektronik (EM) Wan Shuri yang beroperasi di Shah alam (hubungi) menawarkan perkhidmatan perubatan dan rawatan alternatif kepada perubatan moden yang ada di dunia ini. Perubatan dan rawatan ini memberi pilihan kedua kepada pengguna atau pesakit.

Walaupun teknologi dalam perubatan moden sangat maju namun masih banyak lagi penyakit dan ubat yang belum dikuasai dan dijumpai. Ini bermakna, masih banyak ruang ruang perubatan dan rawatan yang masih belum diisi. Munkin sesetengah penyakit sesuai dengan perubatan moden dan mugkin juga sesuai dengan perubatan alternatif, rawatan traditional dan lain lain perubatan dan rawatan. Boleh dikatakan tidak ada suatu perubatan yang sempurna mutlak. Tambahan perubatan moden yang ada di dunia sekarang ini dikuasai oleh WHO yang kita tidak tahu tujuan dan misi mereka yang rata ratanya adalah dinaungi yahudi dan barat.

Sebagai orang islam, kita wajib mencari kaedah perubatan dan rawatan yang sehaluan dengan islam yang dibawa oleh nabi kita.

bahaya kencing manis

Sebab wanita tidak subur

Masalah tidak subur di kalangan wanita semakin merosot. Apakah sebabnya?
Masalah ini berkemungkinan pada beberapa sebab, antaranya ialah gaya hidup moden sekarang ini (tidur yang tidak cukup dan tidak teratur serta pemakanan yang mengandungi unsur kimia, pengawet dan lain lain). Faktor ini menjurus kepada maslah gangguan pada period cycle, keputihan, period tak datang yang seterusnya membawa kepada wujudnya cyct, tumour yang menghalang terus keboleh hamilan wanita.

Cyst atau ketumbuhan ini menjadi faktor penghalang kepada persenyawaan terutama yang terbentuk dipangkal rahim dan juga di dalam rahim.

Stress/tekanan juga boleh menyumbang sama kerana ia adalah penyakit yang akan mengganggu seluruh sistem badan/imun/hormon/sikap/emosi yang mengakibatkan badan dalam ketidakseimbangan.

Pengambilan ubatan yang berasaskan bahan kimia dan dadah pada kadar yang tinggi, selain tabiat merokok, minum minuman keras yang mengakibatkan kadar toksid dalam badan tinggi.


PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM

Peluang bisnes

Bahaya kencing manis

Kenyataan Akhbar KPK Sempena Hari Diabetes Sedunia

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

“CEGAH DIABETES: BERTINDAKLAH SEKARANG”
HARI DIABETES SEDUNIA 
14 NOVEMBER 2011

Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes. Malangnya keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey atau NHMS) 2011 yang bakal diterbitkan pada bulan Disember 2011 menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai lebih 3 juta rakyat Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Apa yang lebih merisaukan Kementerian Kesihatan dan saya sendiri adalah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa oleh doktor, iaitu kira-kira 2 juta individu dewasa. Ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala.

Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. Saya ingin menekankan bahawa majoriti individu dengan diabetes tidak mengalami sebarang gejala, kadang-kala sehingga 7-10 tahun dari penyakit mula terjadi. Namun begitu, jika individu tersebut menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap, keputusan gula dalam darah yang tinggi mampu dikesan dari tahun pertama penyakit diabetes bermula. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko komplikasi diabetes seperti kebutaan, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah tinggi.

Selaras dengan tema Hari Diabetes Sedunia di peringkat global, “Act on Diabetes Now”, iaitu “Cegah Diabetes: Bertindaklah Sekarang”, saya ingin menasihati semua rakyat Malaysia mengenai faktor-faktor risiko utama diabetes:

Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes
Berlebihan berat badan atau obes (BMI >23.0 kg/m2)
Menghidap hipertensi
Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif
Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)
Sekali lagi, saya ingin menyarankan semua rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun dan ke atas untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (non-communicable disease atau penyakit tidak berjangkit) setiap tahun. Ujian saringan asas ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI (body mass index) dan ukurlilit pinggang. Namun begitu, jika anda mempunyai sebarang faktor risiko di atas, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.

Perkhidmatan saringan bagi faktor risiko NCD untuk individu-individu yang sihat terdapat di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Selain dari itu, perkhidmatan saringan turut ditawarkan semasa kebanyakan majlis atau program di dalam komuniti anjuran Kementerian Kesihatan, lain-lain Agensi Kerajaan dan juga pihak swasta.

Dalam pada itu, tahap penjagaan penyakit bagi mereka yang telah disahkan mengidap diabetes dan penyakit NCD yang lain juga tidak memuaskan. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa bagi penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan KKM, dianggarkan kira-kira hanya satu dari lima pesakit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik (keputusan ujian HbA1c kurang dari 6.5%); dua dari lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum; satu dari empat pesakit mencapai sasaran tahap kolesterol yang baik; dan hanya satu dari enam pesakit berada di tahap BMI yang ideal. Penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat diabetes seperti gangrene dan amputasi, septicaemia and kegagalan buah pinggang. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap diabetes perlu mempelajari dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Tanggungjawab melindungi kesihatan anda dan keluarga anda terletak di tangan anda sendiri. Bertindaklah sekarang.



DATO’ SRI DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kaedah Penyegahan Vaginitis & Vulvitis

Kaedah Penyegahan Vaginitis & Vulvitis

Jika cecair yang keluar dari vagina adalah normal, pembasuhan dengan air bersih boleh membantu mengurangi jumlah cecair. Namun begitu, cecair vagina akibat dari vaginitis perlu dirawat secara khusus sesuai dengan faktor faktor penyebabnya.

Jika penyebabnya adalah infeksi, diberikan anti jangkitan, bergantung kepada organisme penyebabnya. Di perubatan alternatif ini, dengan mengambil sampel darah (sedikit je) gejalanya boleh dikenalpasti apakah punca? apakah jenis virus? bakteria? dan lain lain lagi. 

Selain ubat-ubatan, penghidap juga sebaiknya memakai pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan boleh menyerap keringat sehingga pengudaraan tetap terjaga.
Menjaga kebersihan vulva dengan cara menjaga kebersihan dengan membasuh dengan air bersih.

Elakkan penggunaan sebarang sabun atau bahan bahan pembersih lain kerana kemungkinan tindakbalas kimia ataupun ketidaksesuain yang akan menyebabkan jangkitak menjadi teruk lagi.

Elakkan pembasuhan sehingga kedalam dalam, ini kerana menyebabkan jangkitan akan merebak dengan mudah.

Gejala Vaginitis & Vulvitis

Gejala Vaginitis & Vulvitis

Gejala yang paling sering ditemukan pada masalah ini adalah keluarnya cecair tak normal dari vagina. Dikatakan tidak normal jika jumlahnya sangat banyak, baunya yang menyengat atau disertai gatal-gatal.

Cairan yang tidak normal biasanya lebih pekat dibandingkan cecair yang normal dan warnanya bermacam-macam. Contohnya boleh seperti keju, atau kuning kehijauan atau kemerahan.

Jangkitan pada vagina karena bakteria cenderung mengeluarkan cecair yang berwarna putih,  kekuningan dan berbau hamis. Setelah hubungan seksual atau mencuci vagina dengan sabun, baunya semakin menyengat karena semakin banyak yang tumbuh. Bahagian vulva terasa agak gatal dan mengalami kegatalan.

Manakala jangkitan yis akan menyebabkan gatal-gatal yang sederhana bahkan menyakitkan seolah rasa terbakar pada vulva dan vagina. Kulit menjadi kemerahan dan terasa kasar. Jangkitan ini cenderung berulang pada wanita penghidap diabetes dan wanita yang mengambil ubat antibiotik.

Jangkitan karena Trichomonas vaginalis menghasilkan cecair berbusa yang berwarna putih, kehijauan atau kekuningan dengan bau yang memualkan serta gatal-gatal.

Cecair yang keluar yang disebabkan kanser vagina, kanser servik dan endometrium biasanya mengandungi darah. Manakala polip pada serviks boleh juga menyebabkan perdarahan vagina setelah hubungan seksual. 

Selain itu jangkitan yang disebabkan oleh jangkitan virus papiloma atau karsinoma akan menyebabkan rasa gatal atau rasa tidak selesa pada vulva.

Jangkitan herpes atau abses akan menimbulkan rasa ngilu/tak selesa di vulva.

Kutu pada kemaluan (pedikulosis pubis) boleh juga menyebabkan rasa gatal-gatal di kawasan vulva.

Sebab Vaginitis & Vulvitis

Sebab Vaginitis & Vulvitis

Vaginitis adalah satu masalah radang pada lapisan vagina. Manakala vulvitis adalah satu masalah radang pada organ kelamin luar wanita (vulva). Vulvovaginitis pula adalah masalah radang pada vulva dan vagina.

Sebab kepada masalah ini antaranya ialah jangkitan bakteria seperti klamida, gonokokus. Selain itu jangkitan prozoa seperti trichomonas vaginalis. Seterusnya faktor jangkitan virus seperti papiloma dan herpes.  

Faktor seterusnya ialah penggunaan alat2/benda2 yang boleh menyebabkan keradangan seperti kondom, penutup serviks, diafragma. Barangan cucian seperti sabun, pelembut pakaian.

Selain itu faktor dari barangan peribadi seperti, deodoran, pembilas vagina dan juga pakaian dalam yang ketat.

Faktor faktor lain:
1. Tumor ataupun masalah abnormal yang lain.
2. Ubatan tertentu
3. Perubahan pada tahap hormon.

Tips menghindari kelesuan seks (frigidity)

Tips menghindari kelesuan seks (frigidity)


Frigidity ataupun tak ader feel untuk seks adalah suatu keadaan dimana seorang wanita hilang selera, tiada mood dan malas.  Masalah ini jika dibiarkan berterusan kan menyebabkan wanita tidak/susah menikmati orgasme. Keadaan ini memerlukan rangsangan seksual yang tertentu. Kerana pada pandangan perubatan alternatif (em) seksual adalah satu aktiviti yang sangat penting yang akan menentukan emosi, fizikal seseorang wanita berada dalam keadaan ceria bertenaga untuk sepanjang hari bahkan hingga beberapa hari. Boleh dikatakan, kalu seksual ok (terbang) semuanya akan menjadi ok..tidak mudah emosi.

Wanita yang mengalami gangguan frigidity tidak mendapat kenikmatan dalam hubungan suami-istri. Akhrnya wanita hanya melaksanakan hubungan seksual sekadar kewajibannya semata mata tanpa keghairahan, kerelaan (terpaksa). Dilema wanita ini akan menjadi lebih parah, kerana seksual yang terpaksa, tidak bersedia akan menyebabkan banyak lagi komplikasi, seperti kesakitan ketika seksual dan tiada kemesraan. Yang akibatnya, kerenganan, kekecewaan, komunikasi hancur dan ....

Untuk menghindari frigidity, cubalah tips dibawah

-Terbuka dan jujur mengenai masalah seksual. Nyatakan apa yang anda hendak, macam mana kesukaan anda.

-Elak emosi yang berterusan, cepat2 reference kan balik. Ini kerana emosi adlah faktor besar keinginan seksual.

-Keadaan fizikal seperti tempat tidur, pakaian, penampilan mestilah dihiasi kena dengan selera seperti pasangkan cermin besar dalam bilik, baju tidur yang seksi dan penampilan seperti bau badan, bau mulut harus di hapuskan dengan wangian.

-Cuba variasikan teknik, tempat. cth: sekali sekala ke hotel yang berbeza dengan suasana bilik kat rumah.

-Jangan terlalu mendesak (bagi suami), jangan hendak terjun laut dalam saje. Mulakan dengan kata2 indah, manja2, gurau2, . Ini kerana seksual wanita adalah berlainan dari lelaki. Seksual pada wanita adalah belaian, cumbuan, romantis2. Dengan cara ini wanita akan terangsang.

-Psikotherapy/psikology untuk memperbaiki cara berfikir negative, tingkah laku negative dan juga sebarang trauma dalam seksual.

-Menjaga stamina tubuh dengan olahraga teratur dan makanan yang sihat, bervitamin dan mineral. 

-Dapatkan konsulatasi dokter lebih lanjut dan melakukan pemeriksaan selanjutnya jika ada masalh lain.

Di perubatan elektronik (em), ada disediakan ubatan yang berasasakan kod tenaga. InsyaA dapat membantu

8 tips hapus lingkaran hitam dekat mata

8 tips hapus lingkaran hitam dekat mata


Mata merupakan salah satu tarikan penting dalam tarikal fizikal, dari mata jatuh ke hati. Dari pandangan mata boleh menceritakan tentang seseorang itu. Pelbagai gelaran diberikan kepada mata seperti mata yang lembut, mata seksi, mata galak, dan lain2 lagi.

Sekarang kita bukan nak bercakap pasal mata, namun bahagian mata iaitu sekitar mata. Lingkaran gelap dan mata bengkak yang membuatkan kita terlihat letih,lesu, tua atau macam2 gelaran negatif. Walau hal remeh, namun boleh memastikan personaliti kita yang terbaik. Ini adalah 10 tips untuk mata sihat dan bersemangat.

1. Makan yang sehat

Makan yang sehat adalah penting tidak hanya untuk tubuh kita, tetapi mata kita juga. Makanan  yang kaya beta karoten membantu kita memiliki mata yang sihat. Berikut adalah buah-buahan dan sayuran yang mempromosikan hidup sihat untuk mata seperti bayam, betik, mangga, carrot.

2. Berhenti menggosok mata

Aktiviti seperti ini  akan menyebabkan pembuluh darah pecah. Pembuluh darah di bawah mata sangat sensitif, menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.

3. Istirehat

Tidur adalah rawatan dan alami terbaik untuk tubuh amnya, khususnya lingkaran gelap dan mata bengkak karena penat bekerja. Dapatkan tidur yang berkualiti dan kaedah tidur yang betul.

4. Sentiasa sejukkan untuk mata

Suhu dingin amat baik untuk mata. Suhu sejuk/lembab dapat membantu mengurangkan mata bengkak dan mata lesu. Biasanya penggunaan hirisan timun digunakan selain sekadar percikan atau lembabkan dengan air.

5. Susu

Kebanyakan wanita, mengenakan maskara biasanya akan menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata. Meskipun ini dapat dihapus dengan mudah dengan (remover). Namun secara alami, susu adalah pembersih alami yang baik dan menyegarkan. Gunakan bebola kapas yang bersih untuk membersihkan mata anda.

6. Air mawar

Sebuah terapi untuk mata yang bersinar dengan memasukkan 2 tetes air mawar menggunakan penitis.

7. Kenakan Sunglasses

Melindungi mata anda dari sinar UV yang berbahaya dengan kacamata hitam. Waktu terbaik untuk menggunakan kacamata hitam pada siang hari jam puncak ketika matahari terik. Melindungi mata dari sinar matahari akan mencegah garis-garis halus, keriput, dan noda hitam. Hal ini juga boleh mencegah kulit dari menjadi gelap di bawah mata.

8. Elak minuman larut malam

Elakkan diri anda dari minum terlalu banyak sebelum tidur. Ini akan menyebabkan cairan akan terkumpul di sekitar mata dan menebabkan mata menjadi bengkak bila bangun dari tidur.

Vagina kering

Vagina Kering

Vagina kering merupakan masalah yang biasa bagi wanita sebelum dan setelah menopause. Sebanyak empat dari sepuluh perempuan yang mengalami menopause mengalami tanda-tanda dan gejala yang berkaitan dengan kekeringan vagina. Meski pun vagina kering biasanya terjadi pada perempuan yang dah berumur (menopause), Namun yang menjadi masalah nya wanita yang belum menopouse tapi mengalami masalah vagina kering. Cecair pelincir vagina terdiri daripada cecair yang dirembes melalui dinding vagina.

Antara faktornya adalah perubahan hormon selama tempoh haid dan usia mempengaruhi masalah vagina kering. Selain itu faktor lain adalah ketiadaan keinginan seksual (frigidity), tiada ghairah kepada pasangan.

Tanda dan gejala kekeringan vagina meliputi:

Gatal
Rasa panas pada vagina
Sakit atau pendarahan ringan saat berhubungan seks.

Untuk mengatasi masalah ini, biasalah makanan kena seimbang, hidup sihat, banyakan pengambilan air kosong (air ecpi) untuk membantu merangsang anggota2 badan, sistem2 badan untuk berfungsi dengan baik. Untuk yang dah berkahwin, fantasi seksual, ghairah kepada pasangan dan bersedia untuk aktiviti seksual akan membantu melembapkan vagina.

Kesan kepada masalah vagina kering ini, untuk yang belum kahwin ialah rasa yang tak selesa dengan rasa gatal dan panas di sekitar vagina. Untuk yang sudah berkahwin masalahnya menjadi lagi teruk kerana akan mengakibatkan kecederaan (melecet) pada vagina ketika seksual. Ini akan mengakibatkan turunnya keinginan, takut kepada seksual, frigidity.

Namun perubatan elektronik (em), sedia membantu dengan ubatan tertentu/khusus dengan izin.


PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM
Platform Produk Dropship dan Borong Malaysia

Penyakit kelamin


Penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease)

Setiap tahun terdapat lebih daripada 15 juta kes baru melibatkan penyakit kelamin atau dikenali sebagai Sexually transmitted Disease (STD). Amerika Syarikat, termasuk kira-kira 10 juta kes baru di kalangan mereka yang berumur 15-24. Dengan kata lain: dalam lingkungan umur 24 tahun, sekurang-kurangnya satu dalam tiga orang yang aktif dalam aktiviti seksual akan berpotensi dijangkiti penyakit kelamin. Kebanyakan mereka yang telah dijangkiti tidak mengetahuinya. Semua jenis penyakit kelamin sama ada ia boleh dirawat atau disembuhkan. Tetapi jika anda tidak berusaha menangani penyakit kelamin, ia boleh memberi kesan mendalam kepada kesihatan anda.Sebagai contoh, sesetengah penyakit kelamin boleh menyebabkan gejala-gejala yang berulang-ulang, seperti luka yang pedih atau gatal, dan segelintir boleh menyebabkan kemandulan (bermaksud anda tidak boleh mempunyai anak-anak), peningkatan risiko kanser, dan juga kematian bagi kedua-dua wanita dan lelaki.Yang paling maut antara semua penyakit kelamin adalah HIV, virus yang menyebabkan AIDS. Separuh daripada jangkitan baru HIV berlaku di kalangan mereka di bawah umur 25. Dan ini: dinyatakan salah satu punca penyakit kelamin berpotensi meningkatkan peluang anda mendapat penyakit kelamin lain, termasuklah HIV.
Anda tidak boleh mengenali jika seseorang telah dijangkiti penyakit kelamin dengan cara dia melihat atau bertindak. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyai penyakit, termasuk HIV, adalah untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Penampilan boleh memperdayakan pandangan. Lagipun, anda berpotensi bukan sahaja dijangkiti  melalui hubungan seks dengan sesorang itu, tetapi dengan semua mereka yang pernah mengadakan hubungan seks dengan … dan semua mereka telah pernah mengadakan hubungan seks dengan … dan …, anda akan mendapat penyakit kelamin dengan mudah, inilah yang patut dihindarkan iaitu hubungan seks bebas yang menular sejak kebelakangan ini. Kerana banyak penyakit kelamin  tiada tanda-tanda (atau hanya orang-orang yang tertentu), pasangan anda mungkin tidak tahu bahawa dia atau dia mempunyai salah satu pembawaan penyakit kelamin tersebut.

Ia amat penting untuk mengetahui tubuh anda sendiri. Anda harus sedar apa-apa perubahan kulit (seperti kudis) pada alat kelamin, serta mana-mana lelehan luarbiasa atau ketidakselesaan apabila membuang air kecil, ini boleh menjadi tanda-tanda penyakit kelamin berlaku. Mengetahui bagaimana badan anda berfungsi apabila ia sihat akan membantu anda mengenali mana-mana gejala yang mungkin memberi isyarat seperti kehamilan yang tidak dirancang atau masalah penyakit kelamin. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyakit kelamin  tidak menunjukkan gejala, jadi ia adalah penting untuk memahami bahawa satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyai penyakit kelamin, termasuk HIV, adalah dengan membuat ujian. Berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan anda tentang penyakit kelamin yang anda harus pertimbangkan dan segera mendapatkan ujian.

Untuk menganggapnya anda tidak tahu langsung dengan masalah ini, satu-satunya cara untuk pastikan anda mempunyai seks yang selamat adalah dengan menyimpan darah pasangan anda, air mani atau cecair faraj yang diperolehi dari badan masing-masing. Berpantang adalah kaedah yang paling selamat.

Penyakit kelamin dan cara mengesannya

Bagaimakah caranya untuk anda mengetahui samada anda dan pasangan anda dijangkiti dengan penyakit kelamin? Sudah berulang kali disebutkan, jika anda dijangkiti atau jika pasangan anda dijangkit, penyakit kelamin, termasuklah HIV, seringkali tidak mempunyai tanda dan gejala awal, sehingga pada situasi mereka telah dijangkiti penyakit kelamin masih tidak akan sedarkan kehadirannya pada sesetengah situasi. Itulah mengapa ia begitu penting untuk anda dan pasangan anda melindungi diri sendiri dan sentiasa mengadakan pemeriksaan.

Namun, kadang-kadang, terdapat tanda-tanda ketara yang boleh menunjukkan menularnya penyakit kelamin. Jika anda mengalami sakit atau pedih semasa membuang air kecil; berbuih, pengeluaran bau dari faraj, zakar atau dubur; lebam, kudis atau gatal-gatal di kawasan kemaluan; sakit atau ketegangan di kawasan pelvis; atau gejala-gejala lain yang dinyatakan dalam senarai penyakit kelamin, :

  1. penyakit-kelamin
  2. Chancroid
  3. Gonorea
  4. Granuloma
  5. Penyakit kelamin Chlamydia
  6. Hepatitis A
  7. Hepatitis B
  8. Herpes
  9. Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)
  10. Jangkitan Yis (Kulat)
  11. Ketuat kelamin (Genital Warts – Condyloma Acuminata)
  12. Kutu ari-ari (Pubic Lice)
  13. Lymphogranuloma
  14. Molluscum
  15. Radang Pelvik
  16. Scabies
  17. Siflis
  18. Trichomoniasis
  19. Vaginitis
  20. Bakteria Vaginosis
anda mungkin menghidap penyakit kelamin. Jika anda mengalami tanda-tanda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pakar kesihatan anda secepat mungkin supaya anda boleh mendapatkan ujian awal.

Mendapatkan Ujian Penyakit Kelamin

Ia juga merupakan idea yang baik untuk anda dan pasangan untuk melawat pusat kesihatan atau klinik sebelum anda melakukan hubungan seks untuk membincangkan risiko dan apakah penyakit kelamin yang berpotensi menular dan anda harus pertimbangkan untuk mendapat ujian. Ramai orang menganggap ujian penyakit kelamin adalah sebahagian standard penjagaan rutin, tetapi jika anda tidak bertindak, anda tidak boleh memastikan kesihatan kelamin anda. Malah, ia tidak mungkin bahawa pakar kesihatan anda akan menguji anda tanpa berbincang dengan anda terlebih dahulu. Ujian HIV sentiasa memerlukan persetujuan berpengetahuan.
Mengapa ia begitu penting untuk mendapatkan ujian awal? Kerana jika anda telah menghidap penyakit kelamin dan anda tidak tahu, bukan sahaja anda boleh bersama dengan pasangan anda, tetapi juga, kerana anda tidak mendapatkan rawatan, anda boleh menjejaskan kesihatan anda sekarang dan pada masa akan datang. Sesetengah penyakit kelamin

boleh dirawat dengan antibiotik lain, walaupun tidak boleh dirawat, rawatan yang boleh membantu mengurangkan gejala atau mengurangkan penyakit mudah dikesan awal. Sebagai contoh, jika anda mempunyai HIV,penyakit kelamin yang tidak lagi boleh disembukan, mendapat tahu awal adalah penting. Ini bermakna anda boleh mengambil kesempatan daripada ubat-ubatan baru yang boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat.

Di Malaysia, amal seks bebas adalah ditegah sama sekali. Hal ini adalah sama sekali bagi mengelakkan menularnya penyakit kelamin dikalangan rakyatnya khususnya HIV. Di negara seperti Afrika dan Amerika syarikat, negara membelanjakan berbilion wang untuk mengelakkan masalah ini menjadi nanah dalam negara. Menjamin kehidupan sihat bukan sahaja dari pemakanan, namun juga sosial dan hubungan kelamin. Melalui perkahwinanyang sah, penyakit kelamin dapat dielak dan dengan sebab itu menjaga diri ketika masih belum berumah tangga adalah anda harus utamakan.
http://www.kuatbatin.com

Perubatan dan rawatan alternatif di Shah Alam

Lelaki lesu, lemah longlai

Amalan usia muda, pemakanan salah kekang tua secara aktif

BENARKAH lelaki hanya berjumpa doktor sedangkan wanita sebaliknya lebih beruntung kerana kehamilan membawa mereka mendapatkan khidmat doktor seawal mungkin?

Andai itu benar, bagaimanakah kita mahu memanfaatkan usia selama mungkin, termasuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun sudah mencecah usia atau bergelar warga emas? Ini penting kerana jika dulu, tugasan menjaga orang tua lazimnya di bahu keluarga atau anak-anak tetapi sekarang, berdasarkan perkembangan semasa, peranan itu turut diambil alih pihak kebajikan atau rumah orang tua berbayar bagi yang berkemampuan.

Malah, kebanyakan yang meniti usia tua terutama yang mempunyai status ekonomi yang kukuh, lebih memilih hidup berdikari, kekal efektif dan mahu menikmati hidup secara aktif hingga ke akhir hayat - senario yang digelar Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai tua secara aktif.

Malangnya, tidak ramai, khususnya lelaki yang mampu menepati konsep itu yang menurut Ketua Jabatan Urologi, Kesihatan Lelaki & Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Sahabudin Raja Mohamed, sebagai keupayaan individu itu terus produktif.

“Mereka ini boleh diharap dan boleh terus menyumbang secara efektif kepada masyarakat keseluruhannya. Bagaimanapun, berdasarkan senario semasa, ramai masyarakat dunia pada masa ini lebih dihimpit permasalahan kesihatan yang meruncing.

“Disebabkan perubahan gaya hidup, masyarakat bukan saja cenderung untuk terlalu menikmati tetapi juga banyak makan hingga malas. Ramai tidak aktif kerana banyak menghabiskan masa duduk di depan komputer, kedai kopi, kelab, di depan TV dan terlalu sedikitnya aktiviti senaman yang membakar lemak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dr Sahabudin menyifatkan statistik perbandingan ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak begitu sihat bukan saja dewasa tetapi juga generasi muda. Malah anak-anak yang duduk lama di depan komputer juga cenderung untuk kuat makan seperti makanan segera, kerana bosan atau juga tekanan.

Perkembangan itu, katanya, membawa kepada kemunculan golongan lelaki yang bukan saja tidak sihat, tetapi juga tidak subur dan terjejas kelelakiannya.

“Aktiviti yang ditekankan sesetengah ibu bapa - keluar membeli-belah, menonton wayang, mengamalkan makanan segera misalnya turut menyumbang kepada peningkatan ketidaksuburan dan masalah mati pucuk.

“Satu kajian di Malaysia juga menunjukkan 70 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tidak aktif secara seksual. Mungkin ramai yang menganggap ‘pil ajaib’ adalah jawapannya namun, kita perlukan pendekatan menyeluruh termasuk faktor isteri, jenis diet, mengapa tidak bersenam dan perubahan gaya hidup yang perlu dibuat,” katanya.

Semakin meningkat usia seorang lelaki, mereka juga secara seksual semakin lemah, dan keadaan ini dipanggil andropause tetapi sebenarnya ia adalah perubahan akibat tahap hormon yang rendah. Hormon testosteron mengurangkan otot saiz, lebih lemak dan kurang otot, tulang menjadi lemah dan cenderung untuk mudah gemuk pada bahagian perut.

Mereka juga kebal insulin yang mana hati tidak dapat memanfaatkan insulin. Tahap kolesterol juga meningkat dan terus ke saluran darah menyebabkan tekanan darah tinggi. Disebabkan obesiti, tahap hormon cortisol meningkat dan merendahkan testosterone pada lelaki berusia 40 hingga 70 tahun. Malah, lebih 20 peratus lelaki di Malaysia mempunyai tahap testosterone rendah yang boleh menyebabkan diabetes, hipertensi, penyakit jantung, tulang retak selain mengurangkan keghairahan terhadap seks.

“Golongan lelaki ini juga mudah berasa letih, lesu dan penat yang melampau sehinggakan tiada tenaga untuk melakukan aktiviti. Waktu tengah hari sudah mengantuk, prestasi seks juga terganggu, mental tertekan hanya kerana testosterone rendah,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, kata Dr Sahabudin, penyelidikan lalu turut menunjukkan 70 peratus lelaki berusia lebih 50 tahun mengalami masalah mati pucuk atau Erectile Dysfuction (ED). Masalah ED adalah tanda-tanda awal terhadap masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan hipertensi.

“Tatkala usia semakin meningkat, anda perlu faham berapa banyak tekanan yang boleh diterima oleh tubuh. Jadi pilihan untuk menikmati usia tua dalam keadaan cergas dan efektif terletak dalam tangan anda dan semuanya harus bermula dari amalan gaya hidup yang baik. Malah semua masalah kesihatan yang dinyatakan punya cara untuk mengubatinya hanya jika ia dikesan dan dirawat awal," katanya.
SLE (Sistemik Lupus Eritematosus)

LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob.

Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman.

Sebab yang tepat bagi menjelaskan mengapa masalah auto imun tidak normal boleh menyebabkan lupus masih tidak diketahui. Faktor seperti diwarisi secara genetik, virus, sinar ultra ungu dan ubatan tertentu adalah kebarangkalian yang ada memainkan peranan.

Perunding Perubatan dan Rheumatologi Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Dr Kuan Woon Pang, berkata faktor genetik meningkatkan kemungkinan akan terhasilnya penyakit auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan gangguan auto imun thyroid adalah paling biasa dialami dikalangan mereka yang punya pertalian dengan pesakit lupus namun dalam kes tertentu ia tiada kena mengena dengan sejarah keluarga.

“Lupus boleh dihidapi lelaki dan wanita. Bagaimanapun 90 peratus penghidap lupus adalah wanita yang mana lazimnya dihidapi pesakit berusia antara 10 hingga 50 tahun terutama mereka yang berketurunan Afrika-Amerika dan juga Asia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Gejala penyakit ini berbeza-beza dan meluas serta boleh menjejaskan beberapa bahagian tubuh. Pada otot skeletal ia menjejaskan sendi dan menyebabkan sakit sendi yang ringan hinggalah kepada serius. Lupus juga boleh menyebabkan athritis pada tangan. Kulit pula boleh terjejas oleh ruam, jangkitan kulit dan bintil lebam yang menyakitkan.

Buah pinggang menghasilkan deposit protin dan boleh menyebabkan kegagalan renal, dan pesakit memerlukan dialisis. Sistem saraf boleh menyebabkan disfungsi mental, sawan, psikosis dan sakit kepala yang teruk. Darah beku boleh terbentuk begitu juga pulmonari embolism. Jantung pula boleh menyebabkan sakit dada, endocraditis, dan myocarditis. Gejala pada jantung berkemungkinan ada kaitan dengan dengan kesan yang diberikan Lupus pada darah, akibat pembekuan yang boleh berlaku.

Sesak nafas begitu juga pleurisy boleh terjadi di dalam paru-paru akibat Lupus.

Ada dua jenis lupus - pertama dan yang paling lazim adalah Discoid Lupus erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bagi pesakit DLE, ruam bermula dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. Tompok ini di muka, di belakang telinga dan di kulit kepala. SLE menyebabkan pelbagai gejala. Ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.

Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.

Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang; dengan rawatan ubat corticosteroid dan immunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.

“Bentuk rawatan Lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.

Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu.

INFO

  • Ada dua jenis lupus iaitu Discoid Lupus erythematosus (DLE) dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • DLE hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius, SLE menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
  • Bagi pesakit DLE, gejala termasuk ruam dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut.
  • Bagi SLE, ia menyebabkan pelbagai gejala seperti ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.
  • Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.
Platform Produk Dropship dan Borong Malaysia

Bahaya demam denggi & Rawatan alternatif

Sebagai mana yang diketahui umum tentang bahaya demam denggi yang boleh menoktahkan sebuah kehidupan.Ia berpunca dari sejenis nyamuk (aedes), dan amat mudah merebak dengan melalui gigitan dari seorang ke seseorang.

Kebiasaan tanda awal jangkitan:
1. Demam lebih dari 3 hari
2. Sakit-sakit sendi
3. Sakit kepala berterusan
4. Sakit tekak
5. Mata berair.
6. Ruam kemerahan kelihatan.

Demam denggi ini akan menjadi merbahaya jika berlakunya breakdown of the blood clotting dengan pendarahan dalaman (Denggi berdarah).

Sebagai rawatan alternatif kepada perubatan moden yang sedia ada, perubatan elektronik menawarkan rawatan untuk demam denggi berdasarkan keyakinan & testimoni-testimoni yang amat meyakinkan.

Kebiasaannya rawatan bagi demam denggi ialah menjalani satu terapi khas selama 30-40 minit, dimasa yang sama pengambilan air ECPI 1.5L sebanyak 3-4 botol setiap hari dan juga ubat khusus bagi demam denggi.

Pesakit dinasihatkan untuk terus mengambil ubat dan juga air untuk tempoh 3 ke 7 hari. Kebiasaannya dalam tempoh satu hari pun, platlet akan meningkat dengan izin.

ganguan jin, sihir dan santau

Rawatan gangguan jin Darul Furqon

Pakej produk untuk ganguan jin, sihir dan santau.
JUS TERAPI SARAF 

Produk ini dari sudut khasiat pemakanan adalah tersangat baik dengan adanya curcuma longa, foeniculum vulgare, goji, catharantus roseus, nigella sativa flowers, ficus deltoidea, piper betle l, phyllanthus niruri, pheleria papuana, zingiber cassumunar roxb, myristica fragrans, apium graveolens, zamzam water, honey, allium sativum l, eugenia aromatica, filtered water, sodium benzoate, asid sitrik, fruit flavour dan  a mixture of herbal drinks.

Produk ini juga telah dibacakan oleh ustaz hj abdul Malik dengan ayat al-quran bagi mengelak dan menghalau ganguan jin, sihir dan santau.
  • Kandungan: 500ml
  • Harga semenanjung: Rm98.00
  • Harga sabah/sarawak: Rm103.00






PATI HABBATUSSAUDA
Produk ini adalah hasil dari ekstrak pati habbatussauda yang juga dilengkapkan dengan bacaan ayat al-quran bagi tujuan melindungi, menghalang dan merawat masalah berkaitan jin, sihir dan santau.Habbatussauda memang terkenal semenjak zaman nabi berdasarkan hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-imam al-bukhari. Maksud hadis " Tetapkanlah kamu dengan habbatussauda ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali as-sam (mati).
  • Kandungan: 30mg
  • Harga semenanjung: Rm60.00
  • Harga sabah/sarawak: Rm70.00


LOSYEN PATI HALIA

Produk ini diformulasikan untuk kegunaan urutan di seluruh badan. Membantu mengeluarkan lemak, membuang angin, sakit atau kembung perut, kebas dan sengal-sengal otot. Juga sesuai disapu apabila terkena bahan panas, gigitan nyamuk atau serangga. Sesuai juga untuk ibu lepas bersalin. Produk ini adalah formulasi hebat gabungan ekstrak pati halia, pati limau nipis dan minyak kayu putih.

  • Berat bersih: 160g
  • Harga promosi: Rm25.00
  • Harga semenanjung: Rm35.00
  • Harga Sabah/sarawak: Rm38.00
  • Untuk kegunaan luaran saja.