Sakit kepala migrain

Sakit Migrain


Sakit Migrain adalah rasa sakit yang berdenyut-denyut yang amat menyakitkan dan berulang-berulang. Biasanya akan menyerang  satu sisi bahagian kepala tetapi kadang-kadang kedua-dua belah sisi kepala. Denyutan akan datang secara tiba-tiba dan biasanya didahului dan disertai dengan gejala-gejala visual (penglihatan), neurologis atau saluran pencernaan.


Migrain biasa terjadi pada usia antara 10-30 tahun, biasanya boleh hilang setelah usia 50 tahun dan lebih kerap menyerang golongan wanita.



Faktor

Faktor keturunan amat besar dalam maslah migrain ini kerana hampir dari separuh penghidap memiliki keluarga terdekat yang juga menderita migrain, sehingga dikirakan ada kecenderungan bahwa penyakit ini diturunkan secara genetik.

Migrain terjadi apabila arteri yang berada di otak menjadi sempit (mengecut) dan kemudian melebar (mengembang), yang akan mengaktifkan reseptor rasa sakit di kawasannya. Apa yang menyebabkan pembuluh darah tersebut mengecut dan mengembang, tidak diketahui, mungkin faktor emosi/hormon sangat memain peranannya. Tetapi kadar serotonin (bahan kimia yang berperanan dalam komunikasi sel saraf/neuro) abnormal rendah boleh menyebab terjadinya kembang/kecut pembuluh darah. Kadand-kadang migrain disebabkan oleh kelainan pembentukan pembuluh darah, pada kes seperti ini, rasa sakit hampir selalu dirasakan pada sisi kepala yang sama.


Gejala

Biasanya sekitar 10-30 minit sebelum sakit kepala menyerang (aura atau prodroma), gejala-gejala tekanan, mudah tersinggung, gelisah, mual atau hilangnya nafsu makan muncul pada sekitar 20% penghidap. Penghidap yang lainnya mengalami hilangnya penglihatan pada daerah tertentu (bintik buta atau skotoma) atau melihat cahaya yang berkelap-kelip. Ada juga penderita yang mengalami perubahan gambaran, seperti sebuah benda tampak lebih kecil atau lebih besar dari asalnya.
Beberapa penghidap merasakan kesakitan ringan atau kelemahan pada lengan. Biasanya gejala-gejala tersebut akan menghilang  sebelum sakit migrain bermula, tetapi kadang-kadang timbul bersamaan dengan munculnya sakit kepala. Sakit migrain biasanya dirasakan pada salah satu sisi kepala atau di seluruh kepala. Kadang-kadang tangan dan kaki terasa dingin dan kelihatan kebiruan.
Migrain biasanya terjadi pad waktu yang panjang tetapi akan menghilang selama beberapa minggu, bulan bahkan tahun.


Diagnos

Tidak ada pemeriksaan yang khusus dalam mendiagnosis migrain. Namun, dengan kaedah perubatan elektronik masih boleh dicari punca dan sebab kepada masalah migrain ini dengan izin.


Rawatan

Jika tidak diubati, serangan migrainn biasanya akan berlangsung selama beberapa jam atau hari. Pada beberapa penghidap, sakit kepalanya ringan dan boleh dihilangkan dengan ubat tahan sakit, namun untuk seketika. Tetapi migrain seringkali menyakitkan dan membuat penghidap menjadi tidak berdaya, terutama jika disertai dengan mual, muntah dan silau mata (fotofobia). Pada tahap seperti ini, biasanya penghidap perlu istirahat dan tidur untuk mengurangi sakit kepalanya. Biasanya, dalam keadaan bilik yang tanpa cahaya (gelap gelita). Pelbagai ubat moden pada masa kini, namun sampai bila untuk berterusan menggunakan ubatan ini, kebiasaanya kekuatan ubat akan ditambah kerana ia menjadi imun terhadap migrain. Ini semua berdasarkan pengalaman saya yang mengalami dari usia belasan tahu sehingga hampir 30 tahun. Mengikut dokter, dos yang diberi adalah yang paling kuat dah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: