Haid tidak datang ( Amenorea)

Amenorea bermaksud tidak datang haid. Ia juga dikenali sebagai ovari tidak mengeluarkan telur. Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan remaja perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopaus, ini adalah normal dan dipanggil amenorea secara fisiologikal.

Amenorea peringkat remaja berlaku akibat kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai tidak normal, jika seorang remaja perempuan tiada perkembangan  seksual pada usia 14 tahun dan remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun.

Amenorea peringkat sekunder didenifisikan sebagai tidak datang haid berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang sudah kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorea peringkat ini menandakan gangguan pada sistem badan atau akibat umum.


Punca kepada Amenorea

1. Terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan gangguan hormon.
2. Berat badan yang tidak ideal (kurus).
3. Pengambilan pelbagai jenis ubatan berasaskan streroid dan dadah.
4. Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur.
5. Gangguan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi .
6. Kesan sampingan pengambilan pil perancang keluarga.
7. Senaman yang melampau
8. Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih.
10. Maslah hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus.


PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM