Cegah kehamilan tutup rezeki

Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita bukanlah semata-mata harta atau benda yang dihasilkan di bumi saja. Rezeki juga berupa kesihatan, kekuatan tubuh, keterampilan atau gerak langkah dalam kehidupan. Mungkin anda pernah menyebut: “Saya tidak dapat memberi sumbangan kerana saya tiada wang.” 

Sebenarnya menyumbang boleh dengan pelbagai cara seperti tenaga, ilmu pengetahuan dan lain-lain yang semuanya untuk kepentingan masyarakat. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 3 yang bermaksud: “Dan nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” Maka erti rezeki pada ayat berkenaan iaitu segala apa yang dapat diambil manfaat oleh masyarakat. 
Mengenai mencegah kehamilan, Allah SWT berfirman dalam surah al-Israk ayat 31 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kamilah yang memberikan rezeki kepada mereka dan kepada kamu...”. 
Firman-Nya lagi dalam Surah al-An’aam ayat 151 bermaksud: “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak kamu kerana kepapaan. (Sebenarnya) Kamilah memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.” Apabila Allah mengurniakan anak, sebenarnya ada rezeki Allah tentukan untuk anak terbabit. 

Namun ada manusia yang tidak inginkan anak dengan mencegah kehamilan dengan alasan tidak bersedia dari segi mental dan kewangan. Orang seperti ini biasanya takut hidup susah dan takut kekurangan makan kerana dibebani kehadiran bayi. Mereka tidak sedar dengan melakukannya akan menghalang rezeki mereka dan turut menahan rezeki anak. 

Kita banyak melihat orang yang meninggal dunia lalu meninggalkan anak. Hari berganti hari dan zaman pun berubah. Ternyata, anak yatim terbabit mencapai kedudukan yang tinggi dan mencapai puncak kejayaan dalam masyarakat. Mungkin kalau keluar-ganya masih hidup, anak berkenaan tidak akan mencapai kejayaan seperti itu. 

Justeru, biarlah takdir Allah berjalan seperti semestinya. Kerjakanlah apa yang lebih utama dan lebih bererti dalam kehidupan ini. Kenyataan membuktikan betapa ramai anak yang hidup dalam pemeliharaan bapanya, gagal sehingga ada yang menjadi penganggur dan meresahkan masyarakat. Sebenarnya urusan rezeki adalah urusan Allah. 

Jadi, janganlah kita terlalu takut mengenai rezeki atau kurang makan sehingga sanggup mencegah kehamilan. 

Sekiranya kita miskin, mengadulah kepada Allah seperti dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Daud daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tertimpa kemiskinan, kemudian dia mengadu kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutuplah kemiskinan itu. Dan sesiapa yang mengadu kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki baik dengan segera mahupun lambat

Dedah aurat dorong wanita jadi perosak


Ibadat seperti solat dan puasa Ramadan adalah wajib. Begitu juga menutup aurat. Menurut Syeikh Mutawalli as-Sya’rawi dalam kitab beliau Anta Tas’al wal Islamu Yujiib iaitu: “Ada sebahagian wanita Muslimah yang menganggap pakaian menutup aurat mengekang kebebasannya dalam berdandan, bahkan dalam pergaulannya.” 

Sebenarnya banyak hikmah di sebalik perintah menutup aurat. Sebagai contoh, bertujuan melindungi dan memelihara diri mereka ketika memasuki usia tua. Tanda usia tua bagi wanita iaitu berhentinya haid (menopaus). 
Ketika itu kecantikan wanita beransur pudar, tubuh tidak lagi padat dan kulit mula kendur. Ketika ini wanita banyak merenung dan berasa putus asa kerana tidak lagi mampu melakukan hubungan seksual secara optimum untuk memuaskan keperluan suami. 

Dia memerlukan kesetiaan, pengertian, dan kasih sayang suami. Islam dengan ajaran yang sempurna melindungi diri dan memelihara tubuhnya yang tidak lagi cantik dan menarik dengan mencipta kebahagiaan dan ketenteraman bagi rumah tangga. 

Seseorang gadis perlu menyedari dia tidak dapat mempertahankan kecantikan dan daya tarikannya. Jika suaminya keluar rumah dan melihat ramai wanita muda cantik dan berdandan menarik dengan mempamerkan rambut, lengan dan betis yang menawan, pasti suami tergoda dan membandingkan dengan isterinya yang tua di rumah. 

Setiap hari suami melihat keadaan itu dan setiap kali itulah dia membandingkan dengan isterinya di rumah. Keadaan ini membuatkan cinta terhadap isteri makin berkurang kerana perwatakkannya itu selalu menggoda nafsu seksnya. Ini menyebabkan kurangnya keharmonian keluarga, serta cinta dan kasih sayang semakin pudar. 

Justeru, Islam melarang wanitanya terutama yang masih muda untuk mempamerkan kecantikan dan keindahan tubuh agar dia dilindungi daripada perbuatan wanita muda lain yang akan mengganggu rumah tangganya. 

Wanita cantik yang selalu mengganggu lelaki dan disukai ramai pemuda, kelak tiba masanya banyak lelaki membencinya. Tidak ada lagi lelaki yang memandangnya, bahkan mereka akan menjauhinya sambil mencemuhnya. 

Untuk soalan kedua, perlu difahami pengertian nusyuz yang bererti meninggalkan kewajipan bersuami isteri, misalnya nusyuz daripada suami yang bersikap kasar dan keras terhadap isteri, tidak mahu menggaulinya dan tidak memberi haknya. 

Nusyuz daripada isteri misalnya meninggalkan rumah tanpa izin suami. Allah SWT berfirman dalam ayat 34 surah an-Nisa’ bermaksud: “...dan wanita yang kamu bimbangkan nusyuznya, nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya...” 

Tindakan di atas sekadar memberi pelajaran. Jika terpaksa, pukul dengan ringan yang tidak meninggalkan bekas. Apabila cara pertama (nasihat) ada manfaatnya, jangan digunakan cara lain yang dapat menyusahkan isteri. 

Allah SWT berfirman pada surah an-Nisa ayat 128 bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar...” 

Misalnya, suami yang sihat, tiba-tiba diserang gangguan jiwa sehingga selalu marah, memukul isteri dan berbuat perkara aneh yang membuat kehidupan rumah tangga seperti di neraka. Bolehkah si isteri meninggalkan suaminya dan meminta cerai? Boleh, isteri mengajukan perceraian kepada Mahkamah Syariah. Demikianlah, wallahua’lam. 

khianati isteri dalam rumahtangga

Alhamdulillah wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Tanggungjawab suami terhadap isteri sangat banyak dan berat kerana suami menerima amanah Allah SWT menjaga keselamatan isteri, memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan seluruh keperluan hidupnya sehari-hari, zahir dan batin.
Sahabat Rasulullah SAW, Muawiah Haidah menemui Baginda bertanya mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri. Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah bila engkau makan, hendaklah engkau beri makan untuk isteri engkau. Bila engkau memakai pakaian, hendaklah engkau beri pakaian untuk isteri engkau. Janganlah engkau pukul isteri engkau di bahagian muka. Janganlah mengeluarkan perkataan yang jahat, iaitu perkataan yang dibenci di depannya. Engkau jangan tinggalkan isteri seorang diri kecuali di dalam rumah. 

Sikap suami yang suka memukul, tidak mempedulikan rumah tangga, tidak menyempurnakan makan minum isteri dan selalu membawa perempuan lain adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan khianat terhadap isteri. 

Sahabat Rasulullah SAW, Umar al-Ahwas al-Jasyami mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika mengerjakan Haji Wada (Haji Selamat Tinggal). Sabda Baginda SAW dalam riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: Ingat, hendaklah kamu terima pesanan mengenai perempuan. Bergaullah kamu dengan mereka secara baik dan berlemah lembut. Sesungguhnya perempuan itu adalah tawanan kamu. Kamu tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap mereka kecuali mereka melakukan kejahatan (penderhakaan) berterus terang. Jika mereka melakukan perbuatan terbabit, maka tinggalkan tempat tidur mereka seorang diri. Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak memberi bahaya. Tetapi jika mereka berlaku taat kepadamu, jangan kamu melakukan apa-apa tindakan kepada mereka. Ingat, sesungguhnya kamu terhadap isteri kamu mempunyai hak yang tertentu dan isteri kamu pula terhadap kamu mempunyai hak yang tertentu juga. Maka hak kamu terhadap mereka, bahawa isteri kamu tidak menghamparkan tilam kamu kepada orang yang kamu benci dan tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Ingat, hak isteri ke atas kamu ialah kamu berbuat baik terhadap mereka mengenai pakaian dan makan minum dengan cukup dan sempurna. 

Salah faham dan kesilapan perkara biasa dalam rumah tangga. Bererti suami tidak berhak untuk menumbuk, menampar dan memukul isteri menggunakan sebarang benda yang boleh mendatangkan sakit yang melampau. Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Ibnu Saad yang bermaksud: Patutkah seseorang kamu memukul isterinya seperti seseorang memukul hamba abdinya, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia berasa malu. 
Begitu juga dalam hadis riwayat al-Bukhari, daripada Abdullah Zamah, Rasulullah SAW bersabda: Jangan memukul isteri kamu seperti memukul seorang hamba abdi, kemudian menyetubuhinya pula pada malam hari. 

Sungguh memalukan sekiranya memukul isteri pada siang hari dengan pukulan yang berat, kemudian apabila tiba malam, menyetubuhinya pula. Justeru, kembalilah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah apabila berlaku masalah seperti disebut dalam surah an-Nisa ayat 34 yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Oleh kerana Allah telah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas perempuan dan juga kerana lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka, maka perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil), pulaukan mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha besar. 

wanita menyerupai lelaki

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain-lain, daripada Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan.”

Dalam riwayat lain disebut: “Allah melaknat pondan dalam kalangan lelaki dan wanita yang (berlagak) seperti lelaki. Iaitu kalangan wanita yang menyerupai lelaki dalam hal pakaian dan tutur kata mereka.”
Fenomena tomboy dan pengkid adalah isu yang sepatutnya tidak diambil remeh dan sememangnya perlu ditangani. Tomboy iaitu perempuan yang berwatak atau berimej lelaki manakala pengkid adalah perempuan berwatak lelaki dan mempunyai keinginan dengan perempuan. Untuk mengenalinya, biasanya mereka berambut pendek serta memakai seluar jeans dan kemeja-T. Ada yang mengatakan sampai mengikat buah dadanya dengan kain agar kelihatan rata. 

Mereka cuba berlagak seperti lelaki dan berasakan mereka ini ada sifat kelelakian. Mereka cenderung untuk melakukan hubungan intim dengan perempuan. Ia berbeza dengan tomboy yang hanya menampilkan imej lelaki tetapi mereka masih mempunyai perasaan seperti perempuan biasa.

Berbalik kepada soalan saudari, jika seorang perempuan itu memakai pakaian yang biasanya dipakai oleh lelaki bererti ia sudah menyerupai lelaki dan tentu saja ia diancam oleh laknat Allah SWT dan Rasul-Nya. 

Bagi suaminya yang tidak menegurnya iaitu dia tahu tetapi kemudian rela keadaan itu berlaku pada isterinya dan ia tidak mencegah isterinya, maka suaminya juga mendapat laknat Allah SWT sama dengan isterinya. Ini disebabkan ia sudah diperintahkan untuk membimbing agar isterinya taat kepada Allah SWT dan mencegahnya daripada segala maksiat. Allah SWT berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...”

Ertinya, didik dan ajarlah mereka serta peliharalah mereka agar taat kepada Allah SWT dan cegahlah mereka daripada kemaksiatan sebagai kewajipan yang perlu dilakukan terhadap diri kamu sendiri. 

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan bertanggungjawab atas mereka di akhirat kelak.”

Dalam riwayat Muslim dan lainnya daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah akan rosaklah orang lelaki jika mentaati wanita.”

Oleh itu suami yang mempunyai isteri berwatak sedemikian, maka wajiblah beliau menegurnya tetapi hendaklah dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh, bawa isteri pergi ke majlis ceramah agama yang diadakan di masjid atau surau, hadiahkan isteri majalah atau buku yang berbentuk agama dan kewanitaan, belikan isteri pakaian wanita dan seumpamanya. Kewajipan menegur ini hendaklah dilaksanakan oleh pihak suami agar tidak ditimpa laknat Allah seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Demikianlah wallahua’lam. 

Implan payu dara: Kenapa cari susah?

Lebih 250 wanita Britain akan memulakan prosiding mahkamah tahun depan selepas lebih separuh daripada mereka mengalami masalah dengan implan payu dara yang dibuat oleh syarikat Perancis, PIP. Implan lebih separuh daripada wanita itu pecah dan kami juga mewakili wanita lain yang bimbang dengan laporan itu serta khuatir implan mereka juga akan pecah akhirnya,” kata peguam, Esyllt Hughes.
“Kami sudah mengeluarkan beberapa prosiding mahkamah dan menjangka ia akan bermula di Cardiff tahun depan.” Pegawai kesihatan Perancis berkata, kerajaan negara itu merancang mengesyorkan kepada 30,000 wanita Perancis yang menjalani pembedahan implan supaya membuangnya selepas lapan kes barah, khususnya barah payu dara dilapor.PIP yang mengeksport sebahagian besar implannya muflis tahun lalu.

Peguam Britain itu yang berpejabat di Cardiff berkata, anak guamnya bercadang membuat tuntutan terhadap klinik yang menjalankan pembedahan memasukkan implan berkenaan.“Kami lebih suka jika dapat menyaman PIP tetapi syarikat itu sudah muflis dan maklumat menunjukkan ia tidak diinsuranskan secukupnya.“Kerana itu kami mengambil keputusan membuat tuntutan terhadap klinik terbabit,” kata Hughes.Kira-kira 50,000 wanita Britain menggunakan implan buatan PIP untuk membesarkan payu dara mereka. Dalam pada itu, pihak berkuasa Britain semalam cuba meyakinkan wanita berkenaan bahawa tidak ada bukti menunjukkan ada hubungan antara produk itu dengan barah. - AFP

522 kes demam denggi dilaporkan bagi 11-17 Disember dengan dua kematian

     
PUTRAJAYA: Sejumlah 522 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh 11 hingga 17 Disember dengan dua kematian, satu di Selangor membabitkan kelindan lori berusia 31 tahun dan di Johor mangsa seorang tukang cuci berusia 44 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan di sekitar kediaman mangsa, menjumpai bekas pembiakan aedes seperti bekas plastik, kasut buruk, bekas air sembahyang Cina, tong cat serta tempayan yang tidak digunakan. 
"Tindakan penguatkuasaan telah dikenakan terhadap pemilik kedua-dua premis dengan dua kompaun bernilai RM500 setiap satu telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata peningkatan kes yang dikesan sejak awal Oktober lepas itu juga dipengaruhi musim hujan yang memudahkan lagi pembiakan nyamuk Aedes.


Selain itu, katanya tujuh buah negeri iaitu Selangor (33 kes), Perak (18 kes), Sarawak (lapan kes), Terengganu (empat kes), Kedah (dua kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (dua kes), Putrajaya (dua kes) dan Johor (satu kes), menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.

Dr Hasan berkata untuk tempoh sama kementerian juga menjalankan pemantauan terhadap 97 lokaliti wabak denggi di 21 buah daerah di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, katanya tiga lokaliti hot spot iaitu Flat Taman Gembira dan Vista Angkasa di Zon Klang Lama dan Apartment Taman Bukit Kenangan di daerah Hulu Langat Selangor, dikenal pasti menyumbang kepada 48 kes demam denggi. -- BERNAMA

Perubatan dan rawatan alternatif di Shah alam

Perubatan Elektronik (EM) Wan Shuri yang beroperasi di Shah alam (hubungi) menawarkan perkhidmatan perubatan dan rawatan alternatif kepada perubatan moden yang ada di dunia ini. Perubatan dan rawatan ini memberi pilihan kedua kepada pengguna atau pesakit.

Walaupun teknologi dalam perubatan moden sangat maju namun masih banyak lagi penyakit dan ubat yang belum dikuasai dan dijumpai. Ini bermakna, masih banyak ruang ruang perubatan dan rawatan yang masih belum diisi. Munkin sesetengah penyakit sesuai dengan perubatan moden dan mugkin juga sesuai dengan perubatan alternatif, rawatan traditional dan lain lain perubatan dan rawatan. Boleh dikatakan tidak ada suatu perubatan yang sempurna mutlak. Tambahan perubatan moden yang ada di dunia sekarang ini dikuasai oleh WHO yang kita tidak tahu tujuan dan misi mereka yang rata ratanya adalah dinaungi yahudi dan barat.

Sebagai orang islam, kita wajib mencari kaedah perubatan dan rawatan yang sehaluan dengan islam yang dibawa oleh nabi kita.

bahaya kencing manis

Sebab wanita tidak subur

Masalah tidak subur di kalangan wanita semakin merosot. Apakah sebabnya?
Masalah ini berkemungkinan pada beberapa sebab, antaranya ialah gaya hidup moden sekarang ini (tidur yang tidak cukup dan tidak teratur serta pemakanan yang mengandungi unsur kimia, pengawet dan lain lain). Faktor ini menjurus kepada maslah gangguan pada period cycle, keputihan, period tak datang yang seterusnya membawa kepada wujudnya cyct, tumour yang menghalang terus keboleh hamilan wanita.

Cyst atau ketumbuhan ini menjadi faktor penghalang kepada persenyawaan terutama yang terbentuk dipangkal rahim dan juga di dalam rahim.

Stress/tekanan juga boleh menyumbang sama kerana ia adalah penyakit yang akan mengganggu seluruh sistem badan/imun/hormon/sikap/emosi yang mengakibatkan badan dalam ketidakseimbangan.

Pengambilan ubatan yang berasaskan bahan kimia dan dadah pada kadar yang tinggi, selain tabiat merokok, minum minuman keras yang mengakibatkan kadar toksid dalam badan tinggi.


PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM

Peluang bisnes

Bahaya kencing manis

Kenyataan Akhbar KPK Sempena Hari Diabetes Sedunia

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

“CEGAH DIABETES: BERTINDAKLAH SEKARANG”
HARI DIABETES SEDUNIA 
14 NOVEMBER 2011

Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes. Malangnya keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey atau NHMS) 2011 yang bakal diterbitkan pada bulan Disember 2011 menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai lebih 3 juta rakyat Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Apa yang lebih merisaukan Kementerian Kesihatan dan saya sendiri adalah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa oleh doktor, iaitu kira-kira 2 juta individu dewasa. Ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala.

Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. Saya ingin menekankan bahawa majoriti individu dengan diabetes tidak mengalami sebarang gejala, kadang-kala sehingga 7-10 tahun dari penyakit mula terjadi. Namun begitu, jika individu tersebut menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap, keputusan gula dalam darah yang tinggi mampu dikesan dari tahun pertama penyakit diabetes bermula. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko komplikasi diabetes seperti kebutaan, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah tinggi.

Selaras dengan tema Hari Diabetes Sedunia di peringkat global, “Act on Diabetes Now”, iaitu “Cegah Diabetes: Bertindaklah Sekarang”, saya ingin menasihati semua rakyat Malaysia mengenai faktor-faktor risiko utama diabetes:

Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes
Berlebihan berat badan atau obes (BMI >23.0 kg/m2)
Menghidap hipertensi
Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif
Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)
Sekali lagi, saya ingin menyarankan semua rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun dan ke atas untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (non-communicable disease atau penyakit tidak berjangkit) setiap tahun. Ujian saringan asas ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI (body mass index) dan ukurlilit pinggang. Namun begitu, jika anda mempunyai sebarang faktor risiko di atas, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.

Perkhidmatan saringan bagi faktor risiko NCD untuk individu-individu yang sihat terdapat di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Selain dari itu, perkhidmatan saringan turut ditawarkan semasa kebanyakan majlis atau program di dalam komuniti anjuran Kementerian Kesihatan, lain-lain Agensi Kerajaan dan juga pihak swasta.

Dalam pada itu, tahap penjagaan penyakit bagi mereka yang telah disahkan mengidap diabetes dan penyakit NCD yang lain juga tidak memuaskan. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa bagi penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan KKM, dianggarkan kira-kira hanya satu dari lima pesakit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik (keputusan ujian HbA1c kurang dari 6.5%); dua dari lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum; satu dari empat pesakit mencapai sasaran tahap kolesterol yang baik; dan hanya satu dari enam pesakit berada di tahap BMI yang ideal. Penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat diabetes seperti gangrene dan amputasi, septicaemia and kegagalan buah pinggang. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap diabetes perlu mempelajari dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Tanggungjawab melindungi kesihatan anda dan keluarga anda terletak di tangan anda sendiri. Bertindaklah sekarang.



DATO’ SRI DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia