Klinik perubatan Elektronik

Perubatan Elektronik adalah satu perubatan alternatif yang berasaskan teknologi wave energy dan fitrah kejadian. Kami di sini menyediakan ubat-ubatan dan rawatan perubatan alternatif yang berbeza dengan perubatan moden sekarang. Namun begitu perubatan elektronik tetap berasaskan "SETIP PENYAKIT PASTI ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN TUA" dan "KITA WAJIB BERUSAHA DAN MENCARI PENAWAR, ALLAH YANG MENYEMBUHNYA" . Disamping klinik,di sini juga merupakan stokis produk ecpi di shah alam.

Alahan pada kulit, hidung, mata

Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit yang mengakibatkan ruam/eczema, hidung menyebabkan resdung, mata menyebabkan jadi gatal dan tekak akan menyebabkan rasa perit.

Tindakbalas ini mungkin menjadi serius dalam tempoh beberapa minit ke beberapa hari.  Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. Lazimnya penyakit alahan eczema paling kerap dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Alahan biasa berlaku akibat dari  ‘perubahan aktiviti’ pada organ organ tertentu. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, makanan dan sengatan.

Punca Alahan

Penyebab alahan banyak dan berbeza antara individu dan biasanya ia berpunca dari persekitaran (habuk, asap dll) , makanan (makanan laut seperti sotong dan kerang serta bahan kimia yang digunakan  dalam pengawet,perisa, pewarna ), ubat-ubatan, gigitan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu punca alahan biasanya lebih mudah terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap alahan.

Simptom alahan

1.    Gatal di bahagian tekat, mulut, mata.
2.    Muntah.
3.    Sakit perut.
4.    Loya.
5.    Penyumbatan rongga hidung/hidung berair.
6.    Sesak nafas/bunyi ronkus.
7.    Kekejangan otot perut.
8.    Angioedema pada kelopak mata dan bibir


PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM