Penyakit lelah atau asma

Apa itu asma?

asma adalah penyakit berkaitan saluran pernafasan. akibat radang saluran paru-paru. Kebiasaannya saluran pernafasan berpunca daripada akibat radang pada saluran paru paru,  juga disebabkan oleh saluran pernafasan terlalu hyperaktif dan sensitif terhadap bahan bahan yang alergi serta perubahan alam sekitar.

Punca asma

Asma berpunca daripada keadaan alam sekeliling seperti udara yang terlalu sejuk atau udara yang terlalu panas, abuk, asap, jangkitan saluran pernafasan, tekanan emosi dan fizikal.  Antara faktor lain ialah keturunan (genetik). Jika  ibu/bapa menghidap asma, anak anak mereka juga berkemungkinan akan menghidap asma. Jika kita kerap mengamalkan ubat-ubat yang mengandungi dadah dan steroid, ianya boleh menyebabkan saraf paru-paru menjadi lemah sehingga berlakunya asma dan jika tidak dirawat, ia akan bertambah teruk menjadi paru-paru berair.

Tanda Asma

Manakala tanda dan simptom mereka yang menghidap asma pula ialah sering batuk terutama di waktu pagi dan malam, nafas berbunyi serta rasa sesak nafas ketika berjalan atau melakukan sesuatu pekerjaan. Jika penyakit asma dibiarkan dan menjadi kronik boleh menyebabkan paru-paru menjadi kembang sehingga mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pneumothorax).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: