Ketumbuhan pada ovari (Ovary cyst)

Apakah Ovari Cyst

Ovari cyst merupakan sejenis tumbuhan dalam ovary yang mengandungi cecair, darah, lemak dan lendir.

Ovari cyst ini terjadi akibat daripada proses penghasilan ovum (telur), telur yang matang akan dibebaskan untuk disenyawa. Namun, saki baki telur yang tidak terbebas dan terus melekat dalam kilang telur yang akibatnya terjadilah cyst.

Ovari cyst ini terbahgi kepada beberapa jenis seperti benign yang bukan jenis kanser, manakala malignant pula merupakan cyst jenis kanser, seterusnya jenis endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan dan ketidaksuburan. Jenis seterusnya ialah follicular yang mana akan hilang dalam tempoh tertentu.
Jenis-jenis cyst

1. Follicular cyst- Terjadi akibat dari bekas ovum yang telah dibebaskan ketika waktu subur dan tidak pecah. Ia terus membesar sehingga beberapa cm (5 - 6). Namun jenis ini akan menghilang setelah beberapa waktu.

2. Corpus luteal cyst- Berlaku akibat dari bekas telur yang telah disenyawakan. Ketika kehamilan, corpus luteum berfungsi untuk menguatkan proses kehamilan sebelum uri. Saiznya akan membesar sehingga ke 8cm dan biasanya ia akan pecah dan hilang begitu saja.

3. Hemorrhagic cyst- Jenis ini bermula dari jenis follicular atau corpus dan jenis ini mengandungi darah di dalamnya. Agak bahaya apabila pecah dan berlaku pendarahan.

4. Ruptured cyst- Apabila pecah, sakit yang amat dan merbahaya. Perlu tindakan segera.

5. Endometriotic cyst- Mengandungi darah dan akan merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim. Akan menyebabkan  ketidaksuburan dan kemandulan.

6. Dermoid cyst- Mengandungi cecair, lemak dan perlu rawatan segera.

- Kaedah Biopsy
- Biopsy: Punca kanser merebak?


Tips dan rawatan alternatif

Untuk cyst yang peringkat 1,2 dan juga peringkat awal dinasihatkan untuk mengambil air (ecpi) yang cukup
dengan keperluan badan. Biasanya 2-3 liter sehari.

Namun, untuk yang peringkat akhir dan jenis kanser (malignant), ubatan dan rawatan diperlukan.


Platform Produk Dropship dan Borong Malaysia

5 penyakit utama wanita

Fibroid
Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 - 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.

Endometriosis

Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, 'dalam', dan metra, 'rahim'. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

Anorexia Nervosa

Anorexia atau nama saintifiknya 'Anorexia Nervosa' berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut 'trend' dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.

Menopaus

Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus.

- UTUSAN
Perubatan dan rawatan alternatif di Shah Alam

Senarai Penyakit Kritikal Kepada 55 -kwsp

 
KWSP Perluaskan Senarai Penyakit Kritikal Kepada 55 Dan Benarkan Pembelian Peralatan Bantuan Kesihatan Di Bawah Pengeluaran Kesihatan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan senarai penyakit kritikal yang diperluaskan di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 penyakit kepada 55 dan turut membenarkan ahli membeli peralatan bantuan kesihatan untuk penyakit tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2011.
Kali terakhir KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 ke 39 pada 15 Jun 2010.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol berkata, “Sebagai sebuah organisasi yang prihatin terhadap kesejahteraan ahlinya, KWSP telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan lagi senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan bagi membantu mengurangkan beban kewangan ahli dalam mendapatkan segera rawatan perubatan yang diperlukan. Sebagai tambahan, ahli kini boleh mengeluarkan simpanan untuk membeli peralatan bantuan kesihatan.”
Faedah Pengeluaran Kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan juga tiga jenis penyakit mental di mana jika tidak dirawat dengan segera akan memudaratkan pesakit. (Rujuk senarai penuh penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP yang disertakan.)

Pengeluaran untuk pembelian peralatan bantuan kesihatan kini dibenarkan untuk merawat pesakit yang menghidapi kanser, penyakit kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan  telinga.
Di bawah Pengeluaran Kesihatan, ahli boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 bagi membayar kos rawatan perubatan penyakit kritikal untuk diri sendiri atau ahli keluarga.
Ahli keluarga termasuk pasangan, anak-anak, anak tiri atau anak angkat yang sah, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang sah dan adik beradik.
Ahli juga boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain bagi membiayai kos perubatan tertakluk kepada baki dalam Akaun 2 dan kos keseluruhan rawatan perubatan berkenaan.
Semua pengeluaran adalah bergantung kepada kesahihan laporan perubatan, bil dan resit yang tidak melebihi satu tahun dari tarikh permohonan pengeluaran dikemukakan. Semua bil dan resit juga mesti di atas nama pesakit atau pemohon.
Ahli tidak layak memohon pengeluaran ini jika penyakit berkenaan tidak termasuk dalam senarai penyakit kritikal yang diluluskan KWSP atau kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan ahli atau majikan keluarga ahli.
Bagaimanapun, ahli juga tidak layak memohon jika menerima rawatan kesuburan dan rawatan alternatif seperti akupuntur atau perubatan tradisional.
Senarai penyakit kritikal terkini yang diluluskan dan senarai peralatan bantuan kesihatan serta maklumat lanjut mengenai cara memohon Pengeluaran Kesihatan KWSP boleh diperoleh melalui laman web ini. Ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP berdekatan.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.
KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.
Sumber: KWSP

KWSP Perluaskan Senarai Penyakit Kritikal Kepada 55 Dan Benarkan Pembelian Peralatan Bantuan Kesihatan Di Bawah Pengeluaran Kesihatan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan senarai penyakit kritikal yang diperluaskan di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 penyakit kepada 55 dan turut membenarkan ahli membeli peralatan bantuan kesihatan untuk penyakit tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2011.
Kali terakhir KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 ke 39 pada 15 Jun 2010.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol berkata, “Sebagai sebuah organisasi yang prihatin terhadap kesejahteraan ahlinya, KWSP telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan lagi senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan bagi membantu mengurangkan beban kewangan ahli dalam mendapatkan segera rawatan perubatan yang diperlukan. Sebagai tambahan, ahli kini boleh mengeluarkan simpanan untuk membeli peralatan bantuan kesihatan.”
Faedah Pengeluaran Kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan juga tiga jenis penyakit mental di mana jika tidak dirawat dengan segera akan memudaratkan pesakit. (Rujuk senarai penuh penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP yang disertakan.)
Pengeluaran untuk pembelian peralatan bantuan kesihatan kini dibenarkan untuk merawat pesakit yang menghidapi kanser, penyakit kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan  telinga.
Di bawah Pengeluaran Kesihatan, ahli boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 bagi membayar kos rawatan perubatan penyakit kritikal untuk diri sendiri atau ahli keluarga.
Ahli keluarga termasuk pasangan, anak-anak, anak tiri atau anak angkat yang sah, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang sah dan adik beradik.
Ahli juga boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain bagi membiayai kos perubatan tertakluk kepada baki dalam Akaun 2 dan kos keseluruhan rawatan perubatan berkenaan.
Semua pengeluaran adalah bergantung kepada kesahihan laporan perubatan, bil dan resit yang tidak melebihi satu tahun dari tarikh permohonan pengeluaran dikemukakan. Semua bil dan resit juga mesti di atas nama pesakit atau pemohon.
Ahli tidak layak memohon pengeluaran ini jika penyakit berkenaan tidak termasuk dalam senarai penyakit kritikal yang diluluskan KWSP atau kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan ahli atau majikan keluarga ahli.
Bagaimanapun, ahli juga tidak layak memohon jika menerima rawatan kesuburan dan rawatan alternatif seperti akupuntur atau perubatan tradisional.
Senarai penyakit kritikal terkini yang diluluskan dan senarai peralatan bantuan kesihatan serta maklumat lanjut mengenai cara memohon Pengeluaran Kesihatan KWSP boleh diperoleh melalui laman web ini. Ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP berdekatan.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.
Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.
KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Perubatan dan rawatan alternatif di Shah Alam

Nafas berbau dan kaedah mengatasinya

Nafas Berbau? 


Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang kurang menyenangkan. Ramai orang mengalami masalah ini yang mungkin disebabkan oleh:


Kesihatan mulut yang kurang baik. 
masalah gigi seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, ulser atau gigi palsu yang kotor.
merokok dan minum alkohol. 
memakan makanan tertentu seperti bawang putih dan durian 
masalah kesihatan seperti sinus, diabetes dan jangkitan paru-paru. 
pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamine 
Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Nafas berbau boleh dielakkan jika anda: 


mengamalkan penjagaan mulut yang baik. 
berus gigi sehingga bersih 
gunakan flos 
berkumur-kumur 
bersihkan lidah 
mengunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula. 
bersihkan sekerap mungkin peralatan pergigian seperti aplians ortodontik atau gigi palsu, jika anda memakainya. 
dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala. 
elakkan merokok dan meminum alkohol. 
Nafas berbau dan bahan kumuran
Bahan kumuran hanya akan menghilangkan nafas berbau TETAPI ia tidak menyelesaikan punca masalah nafas yang berbau. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian untuk mengatasi masalah nafas berbau jika ia berterusan.



PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM

G-spot wanita

G-Spot Wanita

Organ seks wanita merupakan satu organ yang penting dan mempunyai pelbagai tujuan seperti untuk pembiakan manusia. Namun untuk kali ini kita akan mengupas lebih dalam soal seksual, iaitu fungsi organ wanita untuk seksual. Ini bertujuan untuk lebih mengenali anatomi atau bahagian dengan fungsi yang tertentu. Sebagai contoh, G-spot.


Selain organ pembiakan tadi,  kita juga perlu mengenali satu area lagi yang sering disebut sebagai G-Spot. Menemukan titik g-spot wanita merupakan impian setiap lelaki. G-Spot (Grafenberg Spot) saat ini sering dibahas di berbagai media (misteri).

Titik G-Spot adalah sebuah ruang sempit disebalik tulang pubis wanita ini yang apabila tersentuh akan memberikan sensasi yang luarbiasa.

Titik G-Spot dapat ditemukan dengan memasukkan jari-jari ke dalam Vagina dengan telapak tangan menghadap ke depan. Dengan menyentuh dan memainkan bagian ini dengan perlahan, dapat membuat pasangan wanita mendapatkan orgasme yang kuat.

G Spot juga dapat teraktif dengan baik diketika atau posisi yang dikatan spooning (doggy).


Melalui info sebegini diharapkan wanita perlu memahami susuk tubuhnya sendiri sebelum pihak suami mengkaji, menyelidik kesetiap penjuru tubuh anda. Dengan harapan wanita dapat memberi tunjuk ajar dan kerjasama yang baik kepada suami dalam mencari titik kepuasan bersama. Selamat mengkaji.





PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM


Di olah: Perubatan dan rawatan alternatif

Anatomi organ pembiakan wanita


Asasnya organ pembiakan wanita terdiri dari dua bagian, iaitu bagian dalam dan luar. Bagian luar memiliki fungsi sebagai berikut:

Bibir kemaluan (labia mayora), iaitu bahagian luar yang ditumbuhi bulu, berfungsi sebagai pelindung dan menjaga agar bahagian dalam sentiasa berkeadaan lembab.

Bibir dalam kemaluan (labia minora), iaitu kawasan yang tidak berbulu dan memiliki jaringan saraf rasa yang luas yang sangat peka.

Vagina, iaitu rongga/saluran penghubung antara organ pembiakan wanita bahagian luar dan dalam.

Sementara itu organ pembiakan wanita bahagian dalam memiliki fungsi sebagai berikut:

Vagina bahagian luar, yang merupakan jalan keluar bagi darah haid dan jalan keluar ketika bayi lahir (sifatnya sangat lentur sehinggga bayi dapat keluar melalui vagina).

Leher rahim (cervix), yang merupakan penghubung antara vagina dan rahim.

Rahim (uterus), tempat dimana sel telur yang sudah disenyawa tumbuh dalam rahim selama tempoh kehamilan. Bila telur tidak disenyawa, maka sel telur menempel ke dinding rahim. Selanjutnya dinding rahim menebal lalu gugur dan mengalir keluar dalam bentuk darah. Inilah yang disebut darah haid.

Saluran telur (tiub falopio), iaitu dua saluran yang terletak sebelah kanan dan kiri rahim yang berfungsi sebagai penghubung rongga rahim dan kilang telur.

Dua buah kilang telur ( ovarium), berfungsi menghasilkan sel telur dan hormon perempuan iaitu estrogen dan progesterone. Atas pengaruh hormon, lalu dilepaskan ke dinding rahim. Dinding rahim ini akan menebal, yang sebetulnya berguna sebagai tempat sel telur bersarang setelah disenyawa.

Tanda-tanda kematangan organ pembiakan wanita ialah apabila terjadinya haid pertama, atau lebih dikenali sebagai akil baligh. Biasanya keadaan ini akan berlaku kepada anak gadis disekitar usia 8 - 12 tahun. Ini merupakan tanda ianya bersedia untuk menerima sperma dan untuk mengandung. 
Di olah: Perubatan dan rawatan alternatif

Kata kata hikmah

“Orang yang memohon ampun bagi suatu dosa, dan kembali melakukannya, ia telah melecehkan Tuhannya.”

(Imam Ridha a.s)

Kawalan dan pencegahan denggi

KAWALAN DAN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI.




1. PERINGKAT JENTIK-JENTIK :
- Musnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas
kosong yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate/garam).
- Tutup bekas penyimpan air.
- Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga setiap minggu dan basuh serta berus
sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari piring-piring alas pasu bunga sekali seminggu dan berus piring-piring
itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
- Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
- Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air.

2. PERINGKAT DEWASA :
- Tidur menggunakan kelambu.
- Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
- Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
- Semburan kabus secara besar-besaran.

Denggi dan faktornya

APAKAH DEMAM DENGGI ?

- Penyakit yang disebabkan oleh virus denggi.
- Jangkitan biasanya terjadi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi.
- Sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
- Tiada ubat untuk merawat denggi.
- Cara paling berkesan untuk mencegah demam denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

MARI MENGENALI NYAMUK AEDES.


- Berbelang hitam & putih di badan dan kaki
- Mengigit pada awal pagi (5.00 Pg - 7.00 pg) & awal senja (5.00 ptg-7.00 mlm)
- Membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
- kitaran hidup (telur hingga dewasa) lebih kurang seminggu.





KENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.

1. DALAM RUMAH :
- Kolah bilik mandi & baldi yang menakung air
- Bekas perangkap semut
- Bekas menakung air peti sejuk
- Piring menakung air pasu bunga

2. LUAR RUMAH :
- Tayar terpakai
- Tempurung kelapa
- Tempurung koko
- Botol dan Tin-tin kosong
- Saluran air hujan
- Parit-parit bertakung

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI.

1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
3. Ruam merah di kulit.
4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
5. Sakit kepala
6. Hilang selera makan
7. Muntah-muntah dan Sakit perut.