Anatomi organ pembiakan wanita


Asasnya organ pembiakan wanita terdiri dari dua bagian, iaitu bagian dalam dan luar. Bagian luar memiliki fungsi sebagai berikut:

Bibir kemaluan (labia mayora), iaitu bahagian luar yang ditumbuhi bulu, berfungsi sebagai pelindung dan menjaga agar bahagian dalam sentiasa berkeadaan lembab.

Bibir dalam kemaluan (labia minora), iaitu kawasan yang tidak berbulu dan memiliki jaringan saraf rasa yang luas yang sangat peka.

Vagina, iaitu rongga/saluran penghubung antara organ pembiakan wanita bahagian luar dan dalam.

Sementara itu organ pembiakan wanita bahagian dalam memiliki fungsi sebagai berikut:

Vagina bahagian luar, yang merupakan jalan keluar bagi darah haid dan jalan keluar ketika bayi lahir (sifatnya sangat lentur sehinggga bayi dapat keluar melalui vagina).

Leher rahim (cervix), yang merupakan penghubung antara vagina dan rahim.

Rahim (uterus), tempat dimana sel telur yang sudah disenyawa tumbuh dalam rahim selama tempoh kehamilan. Bila telur tidak disenyawa, maka sel telur menempel ke dinding rahim. Selanjutnya dinding rahim menebal lalu gugur dan mengalir keluar dalam bentuk darah. Inilah yang disebut darah haid.

Saluran telur (tiub falopio), iaitu dua saluran yang terletak sebelah kanan dan kiri rahim yang berfungsi sebagai penghubung rongga rahim dan kilang telur.

Dua buah kilang telur ( ovarium), berfungsi menghasilkan sel telur dan hormon perempuan iaitu estrogen dan progesterone. Atas pengaruh hormon, lalu dilepaskan ke dinding rahim. Dinding rahim ini akan menebal, yang sebetulnya berguna sebagai tempat sel telur bersarang setelah disenyawa.

Tanda-tanda kematangan organ pembiakan wanita ialah apabila terjadinya haid pertama, atau lebih dikenali sebagai akil baligh. Biasanya keadaan ini akan berlaku kepada anak gadis disekitar usia 8 - 12 tahun. Ini merupakan tanda ianya bersedia untuk menerima sperma dan untuk mengandung. 
Di olah: Perubatan dan rawatan alternatif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: