Nafas berbau dan kaedah mengatasinya

Nafas Berbau? 


Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang kurang menyenangkan. Ramai orang mengalami masalah ini yang mungkin disebabkan oleh:


Kesihatan mulut yang kurang baik. 
masalah gigi seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, ulser atau gigi palsu yang kotor.
merokok dan minum alkohol. 
memakan makanan tertentu seperti bawang putih dan durian 
masalah kesihatan seperti sinus, diabetes dan jangkitan paru-paru. 
pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamine 
Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Nafas berbau boleh dielakkan jika anda: 


mengamalkan penjagaan mulut yang baik. 
berus gigi sehingga bersih 
gunakan flos 
berkumur-kumur 
bersihkan lidah 
mengunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula. 
bersihkan sekerap mungkin peralatan pergigian seperti aplians ortodontik atau gigi palsu, jika anda memakainya. 
dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala. 
elakkan merokok dan meminum alkohol. 
Nafas berbau dan bahan kumuran
Bahan kumuran hanya akan menghilangkan nafas berbau TETAPI ia tidak menyelesaikan punca masalah nafas yang berbau. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian untuk mengatasi masalah nafas berbau jika ia berterusan.



PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: