Air Susu Ibu Kuatkan Paru-Paru


Air Susu Ibu Terbukti Kuatkan Paru-Paru


Hidayatullah.com-Air Susu Ibu atau ASI eksklusif terbukti sangat penting bagi kanak-kanak kecil di peringkat awal dalam masa pertumbuhan. Tidak hanya menguatkan sistem kekebalan tubuh, penyelidikan baru-baru ini membuktikan bahawa ASI eksklusif juga terbukti memperkuat sistem pernafasan. 

Masa memasuki usia persekolahan atau sekitar usia 12 tahun, kanak-kanak yang semasa kecilnya diberi ASI@ Pengusuan eksklusif dari Ibu mereka, memiliki fungsi paru-paru yang lebih baik daripada anak-anak yang diberi susu formula. Uniknya fungsi paru-paru yang baik, terlihat pada kanak-kanak yang mempunyai ibu pengidap pesakit asma. Demikian kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Medicine Respiratory Critical Care ini.

Penyelidik dari Switzerland dan Inggeris menganalisis data dari hampir 1,500 kanak-kanak yang lahir pada tahun 1993 hingga 1997 di United Kingdom. Penyelidik mengunakan  kaji s
elidik ini untuk mengetahui lama penyusuan, gejala pernafasan, dan paparan lain.

Fungsi paru-paru kanak-kanak diukur ketika anak berusia 12 tahun. Anak-anak yang mendapat ASI eksklusif secara keseluruhan mengalami pembaikan dalam aliran pernafasannya. Untuk mengetahui pernafasan anak-anak, penyelidik menggunakan ujian yang mengukur jumlah dan kelajuan udara keluar dari paru-paru selama menghembuskan nafas.

"Anak-anak yang menyusu dari ibu secara eksklusif yang ibunya menderita asma juga mendapat hasil lebih baik pada dua ujian penunjuk penting fungsi paru-paru yang lain," kata Dr Claudia Kuehni, profesor di Institut sosial dan Preventive Medicine di Universiti Bern di Switzerland seperti 
dilaporkan oleh  HealthDay, Isnin (6/2/2012).

Masalah perilaku

Sebelum ini, Mei 2011, penyelidik juga mendapati, bayi yang disusui oleh ibunya kurang mempunyai masalah perilaku berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Berdasarkan hasil kajian dari Millenium Cohort Study,dengan menyusuan, interaksi ibu dan anak dapat terjalin sejak awal secara intensif.

Didapati bahawa empat peratus sahaja bayi yang disusui ibunya mempunyai

masalah perilaku di kemudian hari. Sementara 16 peratus yang diberi susu formula punya masalah perilaku.

Sejumlah kajian juga pernah dilakukan Universiti Oxford, Essex dan York, bersama-sama dengan Universiti College London.Mereka sampai pada kesimpulan menyusui anak secara langsung dan tidak memberi kesan pada perilaku anak.

Sebelum WHO mengumumkan tentang kebaikan ASI eklusif ini, al-Quran telah menegaskan diwajibkannya para ibu menyusui selama dua tahun. Terma ini terdapat dalam surah al-Baqarah: ayat 233 yang berbunyi, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wasallam (صلى الله عليه و سلم) pernah bersabda, "Tiba-tiba aku melihat para wanita yang payudara-payudara mereka dicabik-cabik ular yang ganas. Maka aku bertanya: 'Kenapa mereka?'Malaikat menjawab: 'Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar'i)'. "(HR. Al-Hakim). *


Artikel: http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2012/02/air-susu-ibu-terbukti-kuatkan-paru-paru.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: