Petua Makan Pisang Elakkan Sekatan Darah di Otak


Makan Pisang Elakkan Sekatan Darah di Otak



PISANG dikenali kaya kalium dan diketahui mampu mencegah stroke. Namun, kajian terbaru mendapati bahawa makan tiga buah pisang dalam satu hari menjaga peredaran darah dalam otak menjadi lebih baik.
Mereka mengatakan, bahawa mempunyai satu buah pisang untuk sarapan, makan tengah hari dan satu untuk di malam hari akan memberikan cukup kalium sehingga mengurangkan kemungkinan menderita penggumpalan darah di dalam otak sekira 21 peratus. Penggumpalan darah di dalam otak itu sendiri merupakan salah satu penyebab stroke.


Walaupun beberapa kajian sebelumnya telah menyarankan pisang penting untuk mengawal tekanan darah dan mencegah stroke, hasilnya tidak selalu konsisten.



Dalam kajian terbaru, para saintis menganalisis data dari 11 kajian yang berbeza dan mengumpul hasil secara keseluruhan. Mereka mendapati pengambilan kalium harian sekira 1.600 mg, kurang daripada separuh jumlah harian yang disyorkan Inggeris untuk dewasa 3.500 mg, sudah cukup untuk mengurangkan risiko stroke lebih dari satu perlima.



Pisang rata-rata mengandungi sekitar 500 miligram potasium yang membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh. Terlalu sedikit kalium boleh menyebabkan mual, denyut jantung tidak teratur, dan diare.



Seperti yang dilaporkan Times of India, penyelidik dari University of Warwick dan University of Naples mengatakan, "Pengambilan potasium di kebanyakan negara jauh di bawah jumlah harian yang disyorkan."



Tetapi jika pengguna makan makanan yang lebih kaya potasium dan mengurangkan pengambilan garam mereka, angka kematian tahunan global stroke boleh menurun lebih daripada satu juta orang setiap tahun. Kajian ini telah diterbitkan dalam "Journal of the American College of Cardiology".




Artikel dari: http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2012/01/makan-pisang-elakkan-sekatan-darah-di.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: