Bahaya stress/tekanan

Stress atau tekanan sentiasa mendatangi kita selagi nama kita hidup. Seluruh hidup kita ini sebenarnya pun merupakan rentetan tekanan / ujian. Tekanan sebenarnya ada positif dan negatif nya, bergantung bagai mana kita menghadapnya. Dari sudut pandangan positifnya, tekanan itu sebagai halangan untuk kita terus mendaki.  Andai kita berjaya mengatasinya atau mendakinya maka kita akan berada di suatu ketinggian yang lebih tinggi dari semalam. Tekanan mengajar erti ketabahan, kekuatan akal, kesempurnaan diri manusia sebagai sebaik baik makhluk. Natijahnya, kita akan menjadi semakin kuat, berani, berjaya... Namun, jika sebaliknya kita mengambil keputusan untuk bertindak bodoh dengan menurun semula ke bawah dan lebih malang lagi andai kita terus terjun ke bawah dan menyebabkan kebinasaan dan merosakkan diri dan masa depan.

Dari sudut kesihatan, tekanan punca kepada segala masalah/penyakit. Bila berlakunya tekanan, maka segala sistem badan akan terganggu dan tidak lagi berada pada refferencenya. Dari sinilah masalah bermula.

Dari segi pandangan agama, bak kata ustaz2 kat sekolah ia merupakan ujian dari tuhan untuk menguji tahap keimanan kita, 'Tiada keimanan tanpa diuji'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: