Golongan muda paling ramai bunuh diri



PUTRAJAYA: Amat membimbangkan apabila mereka yang berumur antara 24 dan 44 tahun yang dikategorikan sebagai kumpulan produktif dikenal pasti paling ramai membunuh diri di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lebih menyedihkan, golongan lelaki ramai membunuh diri berbanding wanita dengan peratusan 75 berbanding 25 peratus, manakala berdasarkan etnik, kaum Cina lebih ramai terbabit.


“Menurut laporan kajian kebangsaan, 1,136 kes bunuh diri dilaporkan antara 2007 dan 2010, dengan kadar 1.3 bagi setiap 100,000 populasi rakyat di negara ini.


“Jika dilihat tahun kebelakangan ini, trend membunuh diri di kalangan rakyat negara ini juga meningkat. Pelbagai faktor mendorongnya termasuk kejadian yang berlaku sebelum membunuh diri, kes dadah, masalah mental dan kesihatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di kementeriannya di sini, semalam.


Hadir sama Tan Sri Lee Lam Thye.



Tiong Lai berkata, Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan dijalankan kementerian tahun lalu juga menunjukkan 1.7 peratus dari kalangan masyarakat dewasa pernah mempunyai idea untuk membunuh diri; 0.9 peratus pernah merancang untuk manakala 0.5 peratus pernah mencuba untuk membunuh diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: