Singa laut ramal pemenang Euro 2012


SINGA laut yang bernama Tik menghantar sebiji bola yang mempunyai lukisan bendera Greece kepada seorang pelatih haiwan di Zoo Dusit, Bangkok semalam.- Agensi


BANGKOK - Seekor singa laut jantan berusia tujuh tahun yang bernama Tik menjadi 'ahli nujum' dengan meneka pemenang perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012.
Perlawanan pembukaan itu adalah antara pasukan Greece dengan Poland yang berlangsung di Stadium Nasional Warsaw, Poland pada hari ini.
Haiwan tersebut membuat ramalan pemenang itu di Zoo Dusit di sini semalam.
Singa laut itu meneka pemenang perlawanan tersebut dengan mengambil sebiji bola yang mempunyai lukisan bendera Greece untuk diberikan kepada seorang pelatih haiwan.
Tujuan ramalan tersebut dibuat adalah untuk menggalakkan penduduk Thailand supaya tidak berjudi bagi menentukan pemenang perlawanan bola sepak itu. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: