Tips elak mulut berbau


Nafas yang berbau sering kali boleh mendatangkan rasa malu kepada kita, apatah lagi apabila kita tidak menyedarinya dan rakan – rakan pula sering menggelak dari berbual dengan kita. Ada beberapa tips mengelak mulut berbau yang boleh kita kongsi bersama disini dan harapan saya, tips ini boleh membantu masalah anda.
 Tips mengelak mulut berbau1. Batang serai
Ambil batang serai, biji ketumbar dan daun sirih yang secukupnya dan basuh sebersih-bersihnya. Setelah itu, tumbuk lumat kesemua bahan-bahan diatas dan dikacau rata bersama kapur sirih serta air secukupnya dan simpan dalam sebuah bekas. Tutupkan dengan kain nipis pada mulut bekas berkenaan dan diembunkan semalaman. Pada keesokan harinya, gunakan air jernih yang terbentuk di permukaan bekas untuk berkumur.
2. Daun teh kering
Daun teh kering direndam ke dalam satu cawan air panas dan biarkan sehingga kembang. Setelah itu, masukkan air perahan buah limau nipis, kacau rata dan minum.
3. Bunga cengkih
Ambil bunga cengkih samada kering ataupun segar, rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan amalkan sebagai air minuman.
4. Baru cina / Daun manis
Ambil 10-30 gram daun baru cina dan rebus sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila air didihan telah sejuk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: