Tips kasih sayang suami isteri



Kasih sayang suami isteri bukan berasaskan rasa cinta yang pentingkan diri,  nak menangkan diri semata. Namun lebih kepada pengorbanan, mengharap redha allah dan mencari jalan pintas (short cut) ke syurga. Penting untuk saya nyatakan disini bahawa nilai kesaksamaan antara suami dan isteri adalah kurang tepat. Ini kerana antara suami dan isteri ada peranan, tugas yang jauh berbeza dan lebih kepada melengkapi antara satu sama lain bukannya menjadi pesaing antara satu sama lain. Masalah besar skan nie..bini PHD holder, laki Spm aje.
 
1. Paham peranan masing masing dan laksanakan tanggungjawab masing. Bila masing masing tau skop peranan..insyaallah, setel masalah.

2. Elak/jangan campur aduk antara kerja  rumah tangga.

3. Mengamalkan waktu bersama terutama waktu makan, menonton televisyen. 
Namun perlu diingat, bukan semua benda harus buat bersama, nanti mudah bosan pulak..uweek. 

4. Bawa bincang, tapi biarlah si suami yang buat keputusan. (Ingat peranan kan?) 

5.  Hidupkan sifat kasih sayang, bertolak ansur, menghargai dan blaa..blaa. (banyak sangat). Namun ni yang susah nak amal, tulis senag jek.


6. Tunjukkan rasa kasih sayang melalui sentuhan seperti pelukan,berpegang tangan, ciuman, belaian, urutan atau dukungan. Jangan bantai selalu, takut2 cepat hilang rasanya. Surprised lagi best ape.

7. Jadilah pendengar yang baik serta memberi peluang kepada pasangan.

8. Doa untuk kebaikan pasangan.


Kasih sayang. 
Bukti kasih sayang tanpa sempadan




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Barangsiapa yang bersolawat kepadaku ketika akan membaca Al-Qur’an, malaikat akan 


selalu memohonkan ampunan baginya selama namaku berada dalam kitab itu"

(Rasulullah s.a.w)





PROMOSI PERCUMA!!! LIVE BODY NOSODE THERAPHY
RAWATAN ALTERNATIF (EM) DI SHAH ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: