Dilema hukum ubat ubatan

Salam wa rahmah

Pagi semalam 8 ogos saya ada mendengar tentang perkara syubhat dalam kehidupan yang disampaikan oleh seorang ustaz ( dari jakim) di  masjid negeri shah alam melalui tv 9.

Antara yang menarik perhatian saya ialah tentang syubhat gelatin untuk sarung ubat sehingga hampir 90% adalah haram (bokvine..agak2 bunyi nyer) dari unsur babi (tang kulit nyer), hanya 10% sahaja darinya adalah dari lembu (bovine..harap betul ) itu pun masih lagi penuh dengan persoalan tentang cara penyembelihan, syarat2 lain lagi. Pendek cerita, susahnyer nak cari halal dalam hal ini. Sehingga ke tahap kemelut yang bersimpang siur yang tidak nampak jalan penyelesaian, maka keluarlah perkataan diboleh kan apa saja yang haram pun sebab dalam darurat, terutamanya dalam bab ubat ubatan. Persoalan terlalu banyak bermain dikepala apakah semudah itu menggunakan perkataan darurat? manakah peranan pakar2 kesihatan dalam hal ini? Apakah tiada usaha lagi?

Pada pandangan saya yang kaburrr ini, dengan berasaskan hadith nabi setiap penyakit wajib ada ubatnya..Apakah wajib ada ubat itu yang haram, yang subhat? Mana mungkin jaminan Allah dan rasul pada benda yang haram/subhat. Wajib ada / pasti ada dulu sekarang dan selamanya ubat yang baik/halal. Sekarang menjadi tanggungjawab individu untuk mencari dan mengamalkan. Sebagai contoh kaedah2 yang berasaskan herba, ayat2 quran dan lain2 lagi.


Perubatan dan rawatan alternatif di Shah Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: