Sistem limfatik

Sistem limfatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Sistem limfa ialah sebahagian daripada sistem peredaran darah, yang terdiri daripada 
rangkaian saluran yang dipanggil saluran limfa yang membawa cecair jernih yang dipanggil 
limfa (daribahasa Latin lympha "dewi air"[1]) dwi arah kearah jantung. Sistem linfa telah mula 
diterangkan secara berasingan oleh Olaus Rudbeck dan Thomas Bartholin. Sistem limfa 
bukanlah satu sistem tertutup. Sistem kitaran darah memproses purata 20 liter darah 
setiap hari melalui penapisan kapilari yang mengasingkan plasma ketika pada masa yang
 sama meninggalkan sel darah. Sekitar 17 liter plasma sehari yang akan diserap semula 
terus ke dalam saluran darah. Fungsi utama sistem limfa adalah untuk memberi laluan tambahan
 bagi 3 liter yang berlebihan setiap hari untuk kembali pada darah.[2] Jadi limfa pada asasnya 
merupakan plasma darahdikitar semula.

Peranan kedua organ limfa adalah bagi memainkan peranan 
penting dalam sistem pertahanan badan, mempunyai pertindihan 
yang agak besar dengan sistem limfoid . Tisu limfoid terdapat 
dalam banyak organ, terutama nod limfa, dan pada folikel limfa yang
 berkaitan dengan sistem penghadaman seperti tonsil. Sistem ini
 juga merangkumi semua struktur yang khusus pada pengedaran
 dan pengeluaran limfosit, termasuk limpa, timus, sum-sum tulang 
dan tisu limfoid yang berkaitan dengan sistem penghadaman.[3]
Darah tidak bersentuhan secara langsung dengan sel-sel parenchymal 
dan tisu dalam badan, tetapi juzuk darah mula-mula keluar dari saluran darah pertukaran 
mikrovaskular menjadi cecair celahan, yang bersentuhan dengan sel-sel parenchymal badan. 
Limfa ialah cecair yang terbentuk apabila cecair celahan memasuki permulaan saluran limfa 
pada sistem limfa. Limfa kemudian bergerak di sepanjang rangkaian salur limfa sama ada 
melalui pengecutan dalaman laluan limfa atau oleh mampatan luaran saluran limfa melalui kuasa 
tisu luaran (contohnya pengecutan otot - otot rangka). Eventually, the lymph vessels empty into the
 lymphatic ducts , which drain into one of the two subclavian veins (near the junctions of the 
subclavian veins with the internal jugular veins). Akhirnya, saluran limfa mengalir ke dalam urat 
limfa, yang mengalirkan kedalam salah satu daripada dua urat subklavika(berhampiran 
persimpangan urat subklavika dengan urat jugulum).

Terminologi

Adjektif digunakan bagi sistem pengangkutan limfa adalah "limfatik". Adjektif yang digunakan 
bagi tisu di mana limfosit terbentuk adalah "limfoid".
Limfatik datang dari perkataan Latin lymphaticus, bererti "berkaitan dengan air".

Fungsi

Sistem limfoid memiliki beberapa fungsi berkait:[4]
  • ia bertanggung jawab bagi menyingkirkan cecair interstitial dari tisu
  • ia menyerap dan mengangkut asid lemak dan lelemak sebagai chyle dari sistem 
  • penghadaman
  • ia menggangkut sel darah putih pergi balik antara nod lymph nodes dan tulang
  • limpa mengangkut sel penunjuk-antigen ("antigen-presenting cell-APCs"), seperti 
  • seldendritik, pada nod limfa di mana tindak balas imunisasi dirangsangkan.

[sunting]Kepentingan klinikal

Kajian mengenai penyaliran limfatik dari pelbagai organ adalah penting bagi diagnosis, 
prognosis, dan rawatan barah. Disebabkan hubungan rapatnya secara fizikal dengan 
kebanyakan bahagian badan, sistem limfoid bertanggungjawab bagi mengangkut sel 
barah antara pelbagai bahagian badan melalui proses yang dikenali sebagai metastasis
Nod limfoid perantaraan mampu memerangkap sel barah. Jika ia tidak berjaya 
memusnahkan sel barah, nod tersebut mungkin menjadi tapak tumor kedua.

[sunting]Organisasi

1. Sistem limfoid boleh dibahagikan secara kasar pada sistem penyalur dan tisu 
limfoid.Sistem pengalir membawa limfa dan terdiri dari salur tiub yang merangkumi saluran 

2. rerambut kapilari limfa (“lymph capillaries”), salur limfa, dan and the right and left thoracic ducts.

3. Tisu limfa terutamanya terbabit dengan tindak balas imunisasi dan terdiri dari lymphocytes[5] 
dan sel darah putih yang lain padat dalam tisu penyambung melalui mana limfa lalu. Tisu dan 
wilayah limfa yang padat dengan lymphocytes dikenali sebagai folik lymphoid. Tisu
 Lymphoid boleh samaada dalam bentuk berstruktur diatru dengan baik sebagai nod limfa 
atau mungkin terdiri dari folik lymphoid yang tersusun longer dan dikenali sebagai tisu 
lymphoid berkait lendir (“mucosa-associated lymphoid tissue –MALT”.

[sunting]Tisu Limfoid

Tisu Limfoid berkait dengan sistem limfa berkait dengan fungsi imunisasi bagi 
mempertahankan badan dari jangkitan dan penyebarantumor. ia terdiri dari tisu 
penyambung dengan pelbagai jenis sel adarah putih terbenam di dalamnya, yang paling banyak
 adalah limfosit.
Tisu Limfoid mungkin utama, kedua, atau ketiga bergantung pada tahap perkembangan limfosit
dan kematangan pembabitannya. (Tisu Limfoid peringkat ketiga biasanya memiliki kurang 
limfosit dalamnya, dan mengambil peranan imunisasi hanya apabila dicabar dengan antigen 
yang menyebabkan keradangan. Ia melakukannya dengan mengimport limfosit dari darah dan 
limfa.[6])

[sunting]Organ limfoid utama

Organ limfoid utama menghasilkan lymphocyte dari sel progenitor tidak matang.
Timus dan sum-sum tulang membentuk tisu limfoid utama terbabit dalam penghasilan dan 
pemilihan awal limfosit.

[sunting]Organ limfoid kedua

Organ limfoid kedua atau tambahan mengekalkan kematangan naive limfosit dan 
mencetus tindak balas imunisasi penyesuaian adaptif. Organ limfoid tambahan merupakan 
tapak pengaktifan limfosit oleh antigen. Pengaktifan mendorong pada pengembangan clonal
dan kematangan affiniti. Limfosit matang dikitar kembali antara darah dan organ limfoid 
tambahan sehingga mereka bertembung dengan antigen khusus bagi mereka.
Tisu limfoid kedua memberikan persekitaran bagi molekul asing atau antigen 
tempatan berubah bagi bertindakbalas dengan limfosit. Ini ditingkatkan melalui nod limfa, dan
 folik limfoid pada tonsil, tompokan Peyer, spleenadenoidkulit, dll. Yang berkait dengan 
tisu berkait lendir (“mucosa-associated limfoid tissue – MALT”).

[sunting]Nod Limfa

.
Nod limfa merupakan himpunan teratur tisu limfa, melalui mana limfa lalu dalam perjalannya untuk
 kembali ke darah. Nod limfa terletak berselang sepanjang sistem limfatik. Beberapa salur
 limfa afferent membawa masuk limfa, yang meresap keseluruhan bahan nod limfa, dan 
dikeluarkan oleh salur limfa eferen.
Nod limfa menunjukkan afferent dan efferent saluran limfatik
Bahan nod limfa terdiri dari folikel limfoid pada bahagian luar yang dikenali sebagai "Kortex", 
yang mengandungi folikel limfoid, dan bahagian dalam yang dikenali sebagai "medulla nod 
limfa", yang dikelilingi oleh kortex kecuali pada bahagian yang dikenali sebagai "hilum" 
pada not limfa. Hilum kelihatan sebagai lekukan pada permukaan nod limfa, yang menjadikan
 limfa berbentuk kekacang dan bukannya sfera atau bulat. Salur limfa efferent muncul langsung 
dari nod limfa di sini. Arteri dan urat membekalkan nod limfa dengan darah masuk dan keluar
 melalui hilum.
Folikel limfa merupakan himpunan padat limfosit, yang bilangan, saiz dan tatarajahnya berubah 
menurut keadaan fungsi nod limfa. Sebagai contoh, folikle mengambang dengan banyaknya
 sebaik sahaja bertembung dengan antigen asing. Pemilihan sel B berlaku dalam pusat germinal 
bagi nod limfa.
Nod limfa terutamanya banyak di “mediastinum” pada bahagian dada, leher, pelvis, axilla (ketiak),
 inguinal (pelipat peha), dan berkait dengan saluran darah pada usus kecil.[3]

[sunting]Rujukan

  1.  "Lymph - Definition and More from the Free Merriam-Webster Dictionary"
  2. www.merriam-webster.com. Capaian 2010-05-29.
  3.  Human Physiology: From Cells to Systems, by Lauralee Sherwood
  4. ↑ 3.0 3.1 Warwick, Roger; Peter L. Williams. bab: “Angiology (Chapter 6)”, 
  5. Gray's anatomy, illustrated by Richard E. M. Moore, edisi Thirty-fifth, 588–785, 
  6. London: Longman. URL dicapai pada 2008-06-30.
  7.  "The functions of the Lymphatic System.". Capaian Feb. 25, 2011.
  8.  tisu limfoid (“lymphoid tissue”) di Dorland's Medical Dictionary
  9.  Goldsby, Richard; Kindt, TJ; Osborne, BA; Janis Kuby [1992] (2003). bab: 
  10. “Cells and Organs of the Immune System (Chapter 2)”, Immunology, edisi Fifth, 
  11. 24–56, New York: W. H. Freeman and Company. ISBN 0-7167-4947-5.