Pemeriksaan alternatif awal kanser

Apa itu kanser



Kanser atau barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor. Kanser merupakan suatu penyakit yang dikatakan tiada penawar / belum jumpa penawar. Namun sebagai seorang islam, saya berkeyakinan yang "setiap penyakit ada ubatnya" dan harus mencari dan terus mencari dengan pasti / mesti / wajib ada ubatnya.




Jenis jenis kanser


 1. Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2. Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.

3. Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


4. Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5. Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.



6. Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
      
7. Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadilebih mendalam.
    
8. Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.
                
9 Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
      
10 Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.


Penyebab utama kanser

1. Makanan
2. Alkohol
3. Sinaran cahaya matahari
4. Pengambilan ubat
5. Perokok yang tidak aktif
6. Tembakau
7. Radiasi
8. Pekerjaan
9. Pencemaran air dan udara
10. Keturunan
Pengesanan awal

Kanser sangat cepat merebak dan amat sukar untuk dikesan pada peringkat awal dan kebiasaannya dikesan sudah berada diperingkat yang sudah bahaya. Oleh yang demikian sebagai suatu tanda sokongan kepada kempen pemeriksaan awal kanser oleh kementerian kesihatan, kami dari perubatan alternatif juga menawarkan pemeriksaan awal kanser. Tujuan sama namun kaedah, bacaan dan rujukan adalah berbeza serta tidak tepat untuk dibandingkan. 



Kaedah pengesanan awal alternatif


Kaedah yang dibuat dengan mengambil sedikit sampel (darah, rambut, kuku dan lain lain sampel), kemudian dihantar ke pihak diagnosis untuk pemeriksaan dalam tempoh seminggu.

Kaedah ini mampu untuk mengesan kanser pada peringkat awal, jenis-jenis kanser dan juga lokasi kanser.

Untuk sesiapa yang berminat dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi. Bayaran adalah rm 50 shj. Bertindak sekarang sebelum terlambat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda: